Connect with us

Artis / Selebriti

” Wak nervous tu, nak jawab pun takut-takut.. ” – Netizen

Video Shuib Sepahtu Terjah Tukang Kebun Raih Perhatian Ramai. Wah, Rezeki Wak Pulak Dapat Duit Belanja Daripada Shuib. Tapi Part Last Tu Nampak Wak Nervous Sangat. Macam Blur Pun Ada, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Shuib dan Watie menerjah seorang tukang kebun yang dipanggil Wak dengan tujuan untuk bersedekah telah meraih perhatian ramai pengikutnya di Instagram.

Shuib telah bertanya beberapa buah soalan dan jika jawapan yang diberikan tepat, Shuib akan memberikan sejumlah wang bernilai seratus ringgit. Tukang kebun tersebut merupakan pekerja berdekatan kediaman Shuib dan Watie.

Klik gambar untuk info..

Soalan yang ditanya oleh Shuib semuanya berkaitan dengan bulan Ramadhan dan Wak berjaya menjawab dua soalan dengan betul. Soalan terakhir ialah mengenai niat puasa. Dapat dilihat Wak kelihatan sangat gementar dan tidak dapat menjawabnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 3 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Agak menarik permainan yang dilakukan oleh Shuib ini dan dalam masa yang sama dapat membantu golongan yang memerlukan.

Jom tonton video di bawah :

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Naik lemas pokok tu dia siram.. Wak nerves terus lupa niat puasa.. Wak ni nampaknya orang indonesia, sebab tu dia bingung jawab soalan.. “

” Sian wak.. Agaknya wak ni special case. Murah rezeki wak. Terima kasih org baik.. Sakat org je kau bro.. tk baik lagi2 ngah puasa2 ni.. minus point .. “

” Wak, cuba nyanyi niat puasa mcm lagu raihan wak, mesti wak ingat niat puasa.. Nasib baik tak dijawabnya sahaja aku mandi.. “

” Wak nebess tuh . Nak jawab pun tkt2 wlpun dia siram pokok bunga.. Dia tau pun klu tbe2 org tnya blh jd blurrr ooooo dah mcm zaman sek dlu.. “

” Tahniah wak 2 soalan 2ratuss boleh p bli mkanan.. wakk wakk air tu tutup dlu wak sblm jwb soklan .. Wak siram pokok bunga ka isi air dlm kolam tu.. “

” Wak pakai baju terbalik,org kata nak dpt rezeki, Alhamdulillah rezeki Wak.. Bang , esok ada kat mana ? Ingat nak jawab soalan jugaklah . “

” Serius wak nervous.. nampak gaya tu. Kita pun kalau tiba orang suruh baca doa qunut pun boleh lupa jap.. Adoii wak dah nebes.. “

Klik gambar untuk info..

Rezeki buat Wak dapat wang daripada Shuib pada hari tersebut. Sebelum ini Shuib telah bersedekah dengan cara yang sama kepada seorang penghantar makanan. Semoga dimurahkan lagi rezeki buat Shuib sekeluarga dan tidak lokek untuk sentiasa bersedekah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT