Artis / Selebriti
” Anak muda santai, tapi tidak lalai okey. Sejuk perut mak awak Qawiy.. ” – Netizen
Video Qawiy Aro Kena Terjah Tebuk Ngaji Dengan Ustazah Asni Mansor Raih Perhatian Ramai. Fuh Hebat Lah Qawiy, Kali Ni Qawiy Pula Kena Terjah. Muka Macam Cuak Tapi Bacaan Tetap Power, Hebat Anak Muda !!
Selalunya pemuda bernama Qawiy Aro ini yang menerjah orang untuk tebuk ngaji tetapi kali ini giliran Qawiy pula menjadi ‘mangsa’ tebuk. Jika minggu lalu Qawiy kena tebuk ngaji dengan Neelofa, minggu ini pun Qawiy kena lagi. Nampaknya makin ramai yang cuba untuk menerjah Qawiy untuk mengaji.
Meninjau akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ustazah Asni Mansor menebuk ngaji Qawiy. Ustazah Asni membaca ayat dari surah An-Nisaa’ ayat 148 awal juzuk 6. Sedap sungguh alunan suara Ustazah Asni.
Usai sahaja Ustazah Asni membaca, Qawiy terus menyambung bacaan tersebut. Muka nampak cuak tetapi ada senyuman di wajah Qawiy. Lancar sahaja bacaan Qawiy dan bacaannya diselesaikan sehingga ke akhir ayat. Hebat sungguh anak muda ini, menjadi idola ramai.

Komen warganet, selebriti seperti Qawiy ini memang menyenangkan hati. Sejuk perut ibu Qawiy mengandung dan melahirkan Qawiy, berjaya ilmu dunia dan ilmu akhirat juga. Qawiy sudah semestinya menjadi calon menantu idaman ramai mak-mak mertua. Untung siapa yang dapat Qawiy sebagai suami.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah SubhanAllah…. Terbaik Qawiy. anak muda santai, tapi tidak lalai okey.. mantap kedua-duanya.. Alhamdulillah.. ”
” Proud of you Qawiy. semoga lebih ramai lagi anak-anak muda yang hafaz alQuran seperti ini.. ”
” Masya Allah mantuyyy.. Sejuk perut mak awak Qawiy. Suara ustazah mengaji pun merdunya.. Allahu Akhbar.. ”
Qawiy sememangnya sudah hebat dalam hafazan Al-Quran dan ini memang ‘makanan’ dia. Tenang sungguh mendengar bacaan Qawiy dan Ustazah Asni. Apabila selalu mendengar tebuk ngaji sebegini boleh menaikkan semangat orang lain untuk mendalami Al-quran.

Apa-apa pun, semoga Qawiy success selalu dalam semua bidang yang diceburi, selalu memberikan vibes positif dan inspirasi kepada semua orang untuk lebih belajar dan mencintai kalam Allah, Al-Quran. Selepas ini giliran siapa pula agaknya untuk tebuk ngaji Qawiy. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen



