Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah besar betul. Kemain jujur direct mintak kan. Halus je Kepom masuk jarum, haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Berseloroh Meminta Cincin Daripada Pemilik Kedai Emas Merchant Sesudah Selesai Membuat Persembahan Buat Ramai Terhibur. Eh Hujung-Hujung Dia Mintak Lah Pulak. Bukan Biasa-Biasa Cincin Emas Tu, Besar Gedabak !!

Pada perkongsian terdahulu, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Kepom ada berkongsikan videonya menyanyi di satu majlis sambutan hari raya anjuran kedai emas Merchant. Gelagat Kak Lina menghiburkan pemandu yang melalui kawasan majlis itu menggeletek hati ramai.

Meninjau entry di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan pula peristiwa selepas Kak Lina selesai membuat persembahan. Kak Lina bertemu mata dengan bos besar kedai emas tersebut dan menyatakan rasa gembiranya kerana dipanggil sebagai artis jemputan.

Kak Lina juga sempat berseloroh meminta barang kemas dan siapa sangka, gurauan Kak Lina itu diambil serius oleh bos besar kedai ini. Katanya memang sudah disediakan hadiah buat Kak Lina. Video ini bersambung di part 2 dan ditunjukkan hadiah yang diperolehi oleh Kak Lina.

Bukan kecil-kecil barang kemas yang Kak Lina dapat kali ini. Cincin fesyen terkini bersaiz XL terletak elok sahaja di jari Kak Lina. Cincin emas ini antara yang menjadi trend terkini pencinta barang kemas. Benarlah kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Murah rezeki Kak Lina, ribuan ringgit juga harga cincin ini.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β 

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kalau boleh mintak, buat apa nak malu haha.. Kemain jujur direct mintak kan. Lawak random betul kak lina ni.. ”

” Nombor syatuu je brni ckp gituuu hahahah.. Halusss je dia mintak.. Mmg win kak lina.. love kak kepom.. ”

” Kepom iamellymazlein ni memang tau, haluss je dia masuk jarum haha.. bodek bodek… lastlast mintak ye hahaha.. ”

” Hahaha.. sempat lagi tu mintak.. tulus sangat kepom.. tergelak-gelak kita.. kak Lina tetap no syatu.. ”

” Terbaiklah… Terus follow group ni sbb kaklina pom2.. mmg no syatu.. Lepas ni blh cuci mata kot2 ade tersangkut.. ”

” Wah besar betul.. Mahal tu walau letak di jari. Untung kak Lina.. Berskala besar kan.. jari saje dah 5k fuh.. ”

” Wahh dia dapat lah iamellymazlein no syatu berskala besar, tak kan tidak ek.. huntung la.. balik dapat buah tangan.. geng adira ni hehe.. ”

Untung sungguh Kak Lina, ini orang panggil rezeki. Bukan murah harganya cincin emas itu, sudah tentu ribuan ringgit nilainya, sama seperti cincin yang Adira Suhaimi sering pakai. Sesuai dan makin manis apabila disarungkan ke jari jemari Kak Lina itu. Apa-apa pun, semoga Kak Lina murah rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT