Artis / Selebriti
” Ko jangan terjun pulak kalau aku kahwin baru.. ” – Adira Suhaimi
Video Dato’ Red Mengusik Adira Suhaimi Ketika Live Buat Ramai Terhibur. Adira Pun Sempat Berseloroh Juga Dengan Dato’ Red Kalau Dia Kahwin Baru, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Adira Suhaimi dan Dato’ Red berada di sebuah restoran. Adira datang kemudian mencium anak perempuannya, namun respon yang diberikan oleh Dato’ Red membuatkan ramai terhibur.
Nampaknya Dato’ Red sengaja mengusik Adira walaupun tahu yang adalah mustahil permintaan Dato’ Red itu untuk ditunaikan kerana mereka sudah pun berpisah. Ketika berbual Dato’ Red sempat lagi menyatakan sesuatu agar Adira cemburu.
Namun respon Adira membuatkan ramai terhibur. Sempoi sungguh gurauan masing-masing dan nampak seperti bergurau bersama kawan-kawan sahaja walaupun sebelum ini pernah menjadi pasangan suami dan isteri. Inilah antara contoh yang baik buat pasangan yang sudah berpisah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih sembilan ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang berharap agar Adira dan Dato’ Red kembali rujuk kerana melihat mereka seperti pasangan yang serasi.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx Replying to @Daisy Merah #adirasuhaimi #adirasuhaimidatukred #datored #abgred #adirasuhaimiabgred
Di ruangan komen, ramai netizen yang suka melihat sikap Adira dan Dato’ Red. Antara komen-komen yang diberikan :
” Seronok tgk dato dgn adira.. walaupun bercerai tetap baik.. hati tak sakit jiwa pun tenang . macam ni lah bagus .. dah cerai tapi tetap best friend.. “
” Best je.. wlaupn dh bcerai.. tp Jika ami Ada somi baru lain la Nanti situasi Dato red.. saje je Dato’ buat adira jelez.. hahaha.. “
” Hahaha tq aqak uploaded video yg ini… Mmg gelak je time nie masa tengok diaorang live. okay sbb adira belom kawin lagI.. “
” Rujuklah balik.. ok lah berdua ni.. haaaa..nk cuuubit pipi ye..adira kembali semula la dgn dato red.sumph sweet korng brdua.. “
” Smga kamu bdua bjodoh blik.. tak baik cakap macam tu tak baik kan.. Sabarlah tok, rujuklah balik.. semuga bersatu semula demi ank2.. “
” Suka lah tgk tok red dgn adira.. Adira…knp nk ckp ko aku…tak bole ke ckp mcm dato red lembut jer sedap je bila dengar.. “
” Smga jodoh mrk kuat.. Masing2 ada perasaan syg lgi tp ada sbb mrk bpisah.. Hrp mrk bsatu kmbli.. Suka tgk dorang berdua.. “
Sikap kedua-dua mereka ini sangat dipuji buat pasangan yang sudah berpisah. Mereka masih boleh bermesra seperti selalu dan nampak lebih akrab lagi. Kami di Berita Kopak mendoakan yang baik-baik buat Adira dan Dato’ Red. Anak-anak juga akan gembira jika ibu bapa tetap berbaik walaupun sudah berpisah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen



