Artis / Selebriti
” Sporting betul bakal mak mertua, cute tengok.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah membuat video trend bersama Ibu YB Syed Saddiq curi perhatian ramai. Wah sporting betul Puan Shariffah Mahani. Comel sungguh gelagat bakal menantu dan bakal mertua ni..
Umum mengetahui Bella Astillah dan YB Syed Saddiq merupakan duta utama bagi jenama pakaian terkenal, Primavalet. Setiap kali kemunculan mereka dalam video promosi sering mencuri perhatian ramai kerana gaya penyampaian yang bersahaja dan chemistry yang ada pada mereka berdua.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram rasmi Primavalet, telah dikongsikan sebuah video menarik yang memaparkan Bella bersama ibu kepada YB Syed Saddiq, iaitu Puan Shariffah Mahani. Video tersebut merakamkan gelagat mereka melakukan trend yang kini sedang viral di TikTok.
Gelagat Bella dan Puan Shariffah Mahani ternyata mencuri tumpuan ramai. Aksi bersahaja mereka bukan sahaja mencuit hati, malah mempamerkan hubungan yang akrab serta mesra antara keduanya. Ini membuktikan desus desas yang diperkatakan sebelum ini tidak benar.

Rata-rata warganet suka melihat keserasian mereka. Ramai yang memuji Bella dan dalam masa yang sama memuji Puan Sharifah Amani yang kelihatan begitu sporting ketika membuat video trend tersebut. Bukan itu sahaja, warganet turut berseloroh dengan mengatakan bahawa Bella membuat video trend bersama bakal ibu mertua.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sporting betul bakal mak mertua, cute tengok.. Dua2 kesayangan Yb Syed Saddiq.. Bahagia tengok tau, hehee.. “
” Comelll 2 2.. Suka sejuk hati lihat.. Semoga sihat sllu Bella n mama ybss.. Cepat2 naik pelamin, tak sabar nak tengok.. “
” Alahaiiiii kita yang tengok pula tersenyum.. Cute betul mama ikut buat video trend.. Sporting habis lah mama.. “
” Love you both so much.. I hope Allah will grant you both protection in every direction, ease in every difficulty, and joy that multiplies without end. Aamiin.. “
” Ni kalau masuk Ara Tempoyot lagi comel giler ni.. Hehe.. Nampak bahagia betul lah bakal menantu n bakal mak mertua ni.. “
” Saya support.. Dua wanita Kesayangan ramai ni tau.. Saya suka, saya suka.. Comelnya teacher and DIL to be, hehe.. “
” Masyaallah… Bakal mama mertua dan anak menantu yg disayangi, direstui seluruh alam ini, hehehe.. “
Primavalet telah membuktikan bahawa bukan sekadar jenama fesyen, tetapi sebuah keluarga besar yang mengutamakan keharmonian dan hubungan baik antara wajah-wajah duta mereka. Video Bella dan Puan Shariffah Mahani ini ternyata memberi aura positif kepada semua yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber :IG primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

