Artis / Selebriti
” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
Kamal Adli kongsi gambar selfie terbaru curi perhatian ramai. Kapsyen dan lagu yang Kamal guna tu sedih sangat. Lirik seolah-olah menggambarkan perasaan Kamal sekarang, sebaknya..
Isu rumahtangga antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Selepas beberapa kali hadir ke mahkamah untuk sesi sebutan, Kamal masih lagi dengan keputusannya untuk mempertahankan rumahtangganya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Kamal. Sekian lama tidak selfie bersendirian, kini Kamal kembali menyendiri. Kapsyen Kamal pendek sahaja berbunyi ‘ Penatnyaaaaaa’ dan ianya membuat warganet simpati terhadap Kamal.
Lagu yang digunakan oleh Kamal untuk postingnya ini daripada Noah berjudul Menunggumu juga menyentuh hati warganet. Lirik lagu itu seolah-olah berkaitan dengan hidup Kamal sekarang. Hati yang masih setia menanti isteri tercinta dan masih mengharapkan ada harapan untuk hidup bersama. Antara bait-bait lirik lagu ini ” Dalam hati ku menunggu, dalam lelah ku menunggu, aku, dalam hati ku menunggu, dalam lelah ku menunggu, aku, masih menunggu.. “

Pelbagai respon diberikan oleh warganet kepada Kamal. Kata-kata semangat supaya Kamal terus move on dari terus mengharap juga ditinggalkan oleh warganet. Rasa kasih dan cinta Kamal masih menebal untuk Uqasha dan Kamal akan berjuang sehingga Allah mengatakan cukup setakat itu sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Steady Mal, u can do it. Santai Kamal, move on. Teruskan perjuangan.. Semoga dipermudahkan urusan.. “
” Bila Allah uji tu tandanya Allah sayang.. mgkn dri kita mrk itu adalah titik rendah kita tp actually itulah masa Allah nak angkat darjat hambanya.. be strong.. “
” Semoga yang baik baik sahaja buat Kamal Adli.. Insya Allah semoga Allah gantikan yang lebih baik untuk hidup Kamal.. move on dik, you deserve better. tak nampak ruang.. “
” Stay strong Kamal.. Sometimes loving someone just means letting them go. Pernah jumpa Kamal dpn2 few times and dia tersangatlah humble and ramah dgn orang. Percayalah you will find your happiness. Return to Allah, everything will be fine. InsyaAllah.. “
” Selfie sorang balik dah dia.. be strong Kamal.. like you always said.. Allah ada.. Go kamal.. berbalik pada cinta ya Rabb. Pasti ada hikmah semua ini.. “
” Allah akan berikan kita berita gembira saat kita sedang berada di titik terendah, percayalah, Allah akan hantar berita gembira di hujungnya. Buat solat hajat 12 rakaat dan baca doa kurb.. “
” Kamal… i dont know what going on between u n qasha tapi sy percaya semua bnde boleh fix if dua2 masih brtolak ansur n masih saling syg tapii klau awk jerr yg berjuang mgkin akn trsungkur di tgh jalan.. “
Ramai yang memberikan kata-kata sokongan untuk Kamal dan berharap agar Kamal terus kuat untuk menghadapi saat sukar ini. Apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Doakan yang terbaik untuk Kamal, mahupun Uqasha dan juga anak mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamaladli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

