Artis / Selebriti
” Sinar kebahagiaan seorang anak, seb4k pulak tengok.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra Bersama Bakal Ibu Barunya, Watie Hanifiah Raih Perhatian Warganet. Terpancar Bahagia Pada Wajah Dekta. Pesanan Shuib Pada Watie Pun Mendalam Betul !!
Umum mengetahui Shuib Sepahtu telah pun selamat mengikat tali pertunangan bersama Watie Hanifiah. Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada bulan hadapan. Tidak hanya Shuib, malah anak-anak Shuib juga gembira dengan kehadiran Watie dalam hidup mereka terutamanya Dzahira Talita Zahra.
Pada perkongsian terdahulu, Watie ada berkongsikan koleksi gambar-gambar dan video throwback ketika Watie meluangkan masa bersama Talita. Ucapan selamat hari lahir untuk Talita yang dicoretkan oleh Watie juga menarik perhatian ramai warganet ketika itu.
Meninjau entry di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dimuatnaik satu video yang di dalamnya terkandung gambar-gambar terbaru Watie bersama Talita. Bahagia itu yang dapat diungkapkan oleh warganet setelah melihat senyuman Talita dalam gambar tersebut.

Shuib juga ada berkongsikan video yang sama di Instagramnya dengan pesanan buat Watie berbunyi ‘ Sudah ditulis, tinggal di jalani. Allah Maha Hebat. Sayangi dia, Kasihi dia, Dia perlu itu. Bismillah ‘. Selepas hujan, Allah turunkan pelangi untuk mewarnai hidup Dekta.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Patutlah shuib sayang akak watie penyayang rupenye semoga menjadi ibu terbaik untuk anak-anak kamu berdua.. ”
” Sis watie ni situasi dia mcm madammu.. semoga watie menjadi seperti madammu menyayangi anak2 suaminya.. ”
” Wah Talita dapat ibu baru merangkap BFF sekali. Alhamdulillah semoga menjadi ibu yang baik untuk anak-anak arw4h Sarah.. ”
” Sinar kebahagiaan seorang anak. Siapa lah kita untuk menidakkannya.. Semoga bahagia milik kamu dan terbaik buat dekta.. ”
” Seb4k pulak tengok ni.. Happy sangat Dekta, kita pun dapat rasa bahagia Dekta bila dapat rasa kasih sayang seorang ibu..”
” Akhirnya love it. Seb4k tengok betapa bahagianya Talita.. Nampak sangat dekta selesa dengan bakal ibu dia . Sukanya tengokk.. ”
” Boleh jadi kawan baik pasni.. dekta cepat membesar.. muga happy happy untuk anak dan bakal ibu.. ”

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang untuk Dekta dan anak-anak Shuib yang lain. Pengganti ibu yang diharapkan dapat memberikan kasih sayang yang didambakan. Apa-apa pun, semoga lebih banyak kenangan indah bersama dicipta bersama anak-anak ye Watie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah, IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

