Connect with us

Artis / Selebriti

” Kahwin seronok kan Usop, haha. Bancuh susu pun kena beletiaq.. ” – Netizen

Video Gelagat Usop Mentor Kena Bebel Dengan Isterinya, Teha Gara-Gara Membancuh Susu Anak Di Tepi Jalan. Alah Daddy, Sebatu Jauh Bancuh Susu Walhal Dalam Kereta Pun Boleh. Kan Dah Kena Bebel Panjang, Haha !!

Penyanyi Usop dan pasangannya, Teha Hashim telah pun dikurniakan seorang anak lelaki sekitar pada bulan November tahun lalu. Menamakan bayi ini sebagai Muhamad Saif Umar, si kecil ini kini sudah pun genap usianya 6 bulan dan membesar dengan sihat.

Menerusi entry terbaru Usop di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Usop duduk di kaki lima kawasan parking sambil membancuh susu formula untuk Saif. Kelihatan barangan seperti termos air panas, botol air masak dan tepung susu diletakkan dalam sebuah bakul.

Sedang Usop membuat susu, Teha di dalam kereta sedang meriba Saif. Membebel panjang Teha kerana Usop tidak membuat susu di dalam kereta. Kata Teha, jika orang melihat kelakuan Usop itu tentu akan berkata rajinnya Usop membancuh susuh anak.

Walaupun panjang kena bebel pun, Usop cuma membalas sepatah sahaja iaitu ‘ diam ‘. Alahai daddy mithali lah macam ni, untung Saif ada daddy yang rajin macam daddy. Orang lelaki biasa lah sayang kereta ni, mungkin Usop berjaga-jaga tidak mahu tepung susu berterabur di dalam kereta.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 4000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Usop ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Kes1an dia, ini lah daddy mithali haha.. Macam ni lah kalau ada anak keciq, redha je la Usop oiii haha.. ”

” Syok dah kawin Usop haha.. Nak jadi bapak kena tabah Usop oiii haha.. Sebagai bapak yg ada baby kena belajar redo.. ”

” Yang hang jauh sebatu bancuh susu tu awat Usop haha.. Ni baru betul laki beli beras haha.. ad0i tak leh tahan nak ketawa.. ”

” Kawin seronok kan Usop haha.. bancuh susu pun kena beletiaq.. kes1an daddy kena beletiaqqq.. ”

” Alhamdulillah suami dan papa mithali.. Baguih nya usop ni bancuh susu kat anak.. selamat bertabah haha.. ”

” Amb0i dia haha.. buat susu pun kena berleter, kalau tak bancuh mau lagi panjang leter mommy tu hahaha.. ”

” Lawak lah Usop ni, kes1an kena leter ye haha.. Tak masalahnya pasai paa sampai luar kete bancuh susu ni haha.. mau tak leter si teha haha.. ”

Alahai buat rajin pun kena berleter ye Usop, suami isteri dua-dua jenis suka menyakat. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan diharap pembaca juga turut terhibur dengan gelagat Usop dan isterinya ini. Terus bertabah Daddy Usop yer.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Usop 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT