Artis / Selebriti
” Segaknya anak depa. Alahai sebijik mommy, macam anak Arab.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Usop Mentor, Muhamad Saif Umar Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Shah Rukh Khan Cilik Daddy Ni, Makin Comel Saif. Muka Copy Paste Teha Sangat, Handsome Boy !!
Usop Mentor dan pasangannya Teha dikurniakan seorang anak lelaki pada bulan November tahun lalu. Sepakat menamakannya sebagai Muhamad Saif Umar, si kecil ini membesar dengan sihat dan bakal menginjak usia 2 tahun dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Meninjau akaun Instagram Usop, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar terkini Teha bersama Saif Umar. Si kecil ini mewarisi sepasang mata yang bulat dan hidung yang mancung saling tak tumpah seperti wajah mommynya.
Bulu mata Saif Umar juga kelihatan begitu lentik dan menambahkan lagi kecomelan pada wajahnya. Ramai yang berpendapat wajah Saif Umar banyak mengikut wajah Teha berbanding Usop. Kata orang jika anak lelaki sama wajahnya dengan si ibu, rumahtangga sejuk dan aman.

Tulis Usop di kapsyennya berbunyi ‘ Besaq dah Shahrukh Khan dd. Rasa st ja masa lalu ‘. Bukan Usop sahaja yang merasa cepat Saif Umar besar, warganet juga sama. Ada juga warganet yang mengatakan wajah Saif Umar seperti anak orang Arab.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Usop ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Copy paste muka mak dia pakpon, muka hang yilek, kena buat sorang lagi hehe.. Pinjam hidung, mancung sungguh.. ”
” Copy mami dia.. daddy maaf takdak hahha.. Hidung sepesen tu.. Besar nanti mesti macam Arjun Rampal kan.. ”
” Tudia sebijik mak dia.. handsome boy, kecik lagi dah nampak handsome. Besar nanti kalah daddy ni.. ”
” Segaknya Saif ni, copy mummy sangat. Hidung mancung, mata cantik. besar ni handsome ni, mesti ramai peminat.. ”
” Comelnya handsome yak amat.. macam mommy dia hidung mancung.. Besar dah eh dia.. shahrukh khan kecik daddy ni.. ”
” Segak sungguh copy paste mummy.. out teruih pak, ambik mommy semua. anak mommy betul ni.. ”
” Segaknya anak depa.. alahai sebijik mommy.. macam anak Arab sorang ni. handsome tak tahu nak habaq.. ”
Semakin besar, semakin comel anak Usop dan Teha ini. Dengan hidung mancung dan kulit putihnya itu, tak mustahil ramai peminat Saif apabila besar nanti. Apa-apa pun, membesar dengan sihat selalu Muhamad Saif Umar dan semoga menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Usop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer



