Artis / Selebriti
” Aku lah kalau tengok Kepom ni tak boleh nak skip, rugi. Mesti tengok sampai habis, haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Berduet Bersama Usop Mentor Menyanyikan Lagu Hukum Karma Raih Perhatian Ramai. Konon-Konon Nak Rock Lah Tu Kepom, Pusing-Pusing Kepala Sampai Pening Jadinya, Haha !!
Bagi yang suka mendengar siaran Radio Era menerusi segmen Carta Era 40 setiap hari Ahad pasti terhibur dengan telatah penyampainya iaitu Elly Mazlein. Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini juga seorang yang kelakar.
Meninjau di akaun Instagram Radio Era, pada minggu ini Usop Mentor telah menjadi artis jemputan bagi segmen Carta Era 40. Banyak topik yang dibualkan oleh Usop bersama Elly. Ada peminat meluahkan rasa seronok mendengar coleteh Elly bersama Usop di corong radio.
Seperti minggu sebelum ini, Elly akan berduet bersama penyanyi dan kali ini Elly berduet bersama Usop menyanyikan lagu Hukum Karma. Sebelum menyanyi, Elly membuat gaya rock dengan menggerak-gerakkan kepalanya dan Usop memulakan nyanyian.
Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan nyanyian Elly sangat padu dan Elly mampu membawa pelbagai genre lagu. Selain suara Elly, suara Usop juga mendapat pujian, Sehingga kini, video nyanyian Elly bersama Usop menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, rata-rata warganet memuji gadingan Elly bersama Usop menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Aku lah kalau tengok Kepom ni tak boleh nak skip, rugi. Mesti tengok sampai habis, haha.. Ala awat sat ja nyanyi.. Tak puas dengaq.. “
” Pening ke tu kak lina.. Tulah pusing-pusing lagi kepala nasib cermin mata tak jatuh.. Kejap naw la… Lagi… Lagi… Lagi .. Lagi.. “
” Yg si Usop pon sama naik dgn kak Kepom masalahnya.. Hahaha ni kalau dua2 bergabung jadi dj mau meriah konti dibuatnya.. “
” Wehh sedapnya.. Nak lagi.. Kak Lina memang power arr.. Semua lagu dia boleh bawa dengan baik.. Sedap pula tu nyanyi.. Alahai.. “
” Kak Lina tak migraine ke hayun2 kepala.. Kepom nk actvfast ke tu hahhahaa.. Tak buat lawak memang bukan Kak Lina lah kan.. “
” Headbanging sampai pening pegang kepala hahaha.. Tak sah kalau tak lawak. Suara dua2 power beb.. Padu dengar.. Kalau buat konsert ni mahu ramai orang.. “
” Terbaik lah Usop, wlaupn nk gelakkn kak lina pompom still suara gempak tau.. Minggu ni paling best dengar radio sebab kak lina ada Usop.. “
Kak Lina kalau tak buat perangai masuk air memang tak sah. Ada sahaja idea Kak Lina membuat kelakar. Apa-apa pun memang terbaik lah nyanyian Elly dan Usop. Semoga kalian berdua akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar