Artis / Selebriti
” Aduh tersungkur jatuh pun sempat lagi posing. Nasib tak tercabut topeng tu, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Sang Kancil Ketika Terjatuh Setelah Selesai Membuat Persembahan Di The Masked Singer Buat Penonton Berdekah Gelak. Amboi Pandai Betul Dia Cover, Sempat Lagi Posing. Marah Betul Sang Kancil Dengan Tangga Tu, Haha !!
Rancangan The Masked Singer Malaysia kembali lagi. Kali ini menerusi musim ke-4, 15 orang personaliti terkenal negara dalam kalangan pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelawak, pelakon, atlet, personaliti TV dan pempengaruh media sosial bersaing menonjolkan bakat vokal mereka.
Pada minggu ini iaitu minggu ke 7 telah menyaksikan peserta Bawang Putih tersingkir. Membawa lagu bertajuk Flashlight oleh Jessie J, rupa-rupanya di sebalik maskot yang dipakai oelh Bawang Putih adalah Noki daripada kumpulan K-Clique.
Namun apa yang menarik pada malam itu, ada satu kejadian berlaku kepada maskot Sang Kancil. Ketika selesai membuat persembahan dan mahu ke belakang pentas, Sang Kancil telah jatuh tersungkur di tepi tangga sehingga terjatuh. Telatah Sang Kancil yang sempat posing ketika jatuh membuat para penonton berdekah ketawa.
Bukan itu sahaja, ketika dibantu oleh beberapa orang untuk bangun, sempat Sang Kancil menyepak tangga berkali-kali. Ada warganet berseloroh mengatakan nasib tidak tercabut maskot yang dipakai oleh Sang Kancil. Jika tidak, mereka semua akan tahu siapakah Sang Kancil sebenarnya.
Tonton video di bawah ini :
@artiqair Dia dah lama rancang, kita je yang lalai. #foryou #foryoupage #TheMaskedSinger #TheMaskedSingerMalaysia
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah Sang Kancil. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduh tersungkur jatuh pun sempat lagi posing. Nasib tak tercabut topeng tu, haha.. Kalau tak boleh lah tahu siapa sang kancil, hehe.. “
” Aku teka nyanyian tu mcm Namie atau Daniel Zaini, tp tgk smlm tu gaya mcm Joey Daud la plakkk.. Tapi suara Joey serak2 skitt…Arghh pening.. “
” Nampak karektor mcm seorang pelawak, sape ye agaknya.. Rasa macam Daniel Zaini.. Huhuhu.. Tapi kelakar tengok part jatuh tu.. “
” Sempat ek kau posing buat muka comel, hahaha.. Suka betul Sang Kancil ni dari awal.. Macam2 gaya suara dia boleh buat.. “
” Hahahahahah marah betul dengan tangga tu.. Smpai hbis asyik nak bantai tangga tu tak habis2.. Sang Kancil memang comel.. “
” Macam Syahmi weh hahaha.. Tapi macam Daniel pun ada.. Siapa ni.. Tolong lah.. Hahaha.. Silap2 Sharif zero pun ada ni haha.. “
” Masa musim pertama suka org utan..musim ke4 ni suka tgk si kancil ni walaupun tak tau siapa kat dlm tu.. Kelakar sangat tengok.. “
Dato’ AC pun berdekah ketawa melihat gelagat Sang Kancil. Agak-agak siapa yang di sebalik maskot Sang Kancil. Ramai yang teka Danial Zaini kerana perwatakan dan gaya Sang Kancil seperti Danial. Apa-apa pun kita saksikan nanti siapakah Sang Kancil ini dan adakah Sang Kancil bakal menjadi Juara The Masked Singer Malaysia.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok artiqair
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen