Artis / Selebriti
” Berdekah aku bila Sang Kancil suruh Dato’ AC buat juga, haha.. ” – Netizen
Video Sang Kancil Meminta Dato’ AC Mizal Membuat Gerakan Gaya ‘Siu’ Bersamanya Membuat Para Penonton Berdekah Ketawa. Nasib Tak Terkoyak Seluar Dato’ AC, Nakal Betul Sang Kancil Ni, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti rancangan The Masked Singer Malaysia musim ini pasti akan terhibur dengan kostum Sang Kancil. Boleh dikatakan setiap minggu, telatah Sang Kancil di atas pentas akan membuat para penonton yang hadir pasti akan berdekah ketawa.
Sering melakukan trademark ‘siu’ setiap kali habis persembahan, semalam menerusi akaun Instagram Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan Sang Kancil meminta pengacara The Masked Singer Malaysia iaitu Dato’ AC Mizal untuk bersama-sama melakukan gerakan gaya ‘siu’ itu.
Apa yang mencuit hati adalah telatah Sang Kancil yang tak henti-henti menyakat Dato’ AC untuk melakukan ‘siu’. Seloroh Dato’ AC, seluar yang dipakainya itu agak ketat dan tidak boleh melakukan ‘siu’ berkali-kali kerana risau akan terkoyak. Perkongsian video ini menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan suka menonton rancangan ini gara-gara terhibur dnegan telatah Sang Kancil yang begitu lucu. Bukan itu sahaja, persembahan Sang Kancil semalam juga mendapat pujian ramai. Sehingga kini, video Sang Kancil menyakat Dato’ AC menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan meluahkan rasa terhibur mereka melihat telatah Sang Kancil. Antara komen-komen warganet adalah :
” Berdekah aku bila Sang Kancil suruh Dato’ AC buat juga, haha.. Nasib baik no 3, ingat fav artistku kancil ni, kalau tak frust juga haha.. “
” Love g1ler perfomance Sang Kancil semalam.. Tq Sang Kancil setiap minggu menghiburkan kami.. Pasti kami akan merindui Sang Kancil.. “
” Hahaaha sampai belakang pentas dibuat siu tu, hahahaa.. Kelakar lah.. Apa-apa pun tahniah, Sang Kancil memang hebat.. “
” Aku thu lama dh dia.. Sbb dia ja suka buat siuuu.. First dia masuk program nie dh nampak Danial Zaini sbb pnh thu dia suka buat siuuu.. “
” Dah agak Danial, pelawak kan.. Memang suka buat kelakar.. Tapi terbaik lah Sang Kancil nyanyi memang padu sangat.. “
” Hehehee suka lah bila part siu ni, hahahahaha.. Terus teringat Sang Kancil jatuh tangga hari tu, hahaa.. Nasib tak tertanggal topeng.. “
” Sedap suara Danial. Boleh nyanyi high note jugak.. Patut no 2. Tapi takpelah. Kancil is the best forever tau.. Tahniah Danial.. “
Berdekah penonton melihat Sang Kancil menyakat Dato’ AC, memang mencuit hati. Selepas ini pasti ramai yang akan merindui telatah Sang Kancil memandangkan semalam adalah final bagi rancangan The Masked Singer Malaysia musim ke 4. Apa-apa pun tahniah kepada pelawak Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil kerana berjaya mendapat tempat ke-3.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil


