Artis / Selebriti
” Alhamdulilah, syukur Ya Allah. Assalamualaikum Queen.. ” – Usop Mentor
Muatnaik Berita Gembira Dapat Anak Kedua, Perkongsian Usop Mentor Dihujani Dengan Ucapan Tahniah. Wah Abang Umar Dah Dapat Adik. Lebatnya Rambut Baby, Tahniah Usop Dan Teha !!
Meninjau ke akaun Instagram Usop, posting terbaru Usop telah meraih perhatian ramai. Usop menyampaikan satu berita gembira yang isterinya iaitu Nur Fatihah atau Teha telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Usop telah berkongsi sekeping gambar bersama cahaya mata keduanya itu dengan wajahnya ditutup dengan emoji love. Walaupun begitu dapat dilihat rambut si kecil nampak begitu lebat. Pastinya wajah si kecil ini secomel seperti wajah abangnya iaitu abang Umar.
Dengan kurniaan cahaya mata kedua ini maka lengkaplah sepasang cahaya mata dalam kehidupan Usop dan isteri. Pasangan ini sudah mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhamad Saif Umar yang dilahirkan pada tahun 2022.

Perkongsian ini telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat wajah bayi perempuan Usop pula. Agak-agaknya banyak mewarisi wajah Usop atau pun wajah Teha.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah buat Usop dan isteri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Alhamdulillah tahniah usop teha. Sepasang dah.. selamat berpantang. bertambah ahli keluarga…moga Teha n baby sihat2 saja.. “
” Alhamdulilahhh tahniahh papaa.. tahniah usop n wife, welcome to the world baby queen.. semoga semuanya sihat dan baik2 saja. Sepasang.. “
” Alhamdulillah tahniahhhh usop.. Semuga ibu dan bayi dlm keadaan sihat.. wow thniah copp…kemaihh2.. semoga baby membesar dgn sihat.. “
” Alhamdulillah tahniah geng! Masyaallah..alhamdulillah tahniah teha dan usop. Dpt bby girl pula. tahniah pd hampa berdua.. “
” Syukur alhamdulillah tahniah usopofficial&wife.. sepsg sudah.. slmt bpantang bt wife usop.. moga baby dn ibu baby sihat sejahtera.. “
” Alhamdulillah.. MasyaAllah tabarakallah.. dh sepasang.. waaa xsabaq nak tgk ank gegurl depa. alhamdulilah sepasang da.. “
” Alhamdulillah…tahniah usop, teha dan abg umar.. Sepasang dah.. seronoknya baby girl. pak cik doakan smoga dprmudakan segala urusan dan dmurahkan rzki slalu amin2.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Usop dan Teha atas kurniaan cahaya mata kedua ini. Semoga keadaan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan selamat berpantang diucapkan kepada Teha. Jaga diri dan jaga kesihatan sepanjang tempoh berpantang ni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Usopofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

