Artis / Selebriti
” Alahai comel Amir berjoget, dah pandai joget ikut irama lagu lah.. ” – Netizen
Video Amir Sisi Bersama Rakan Duetnya, Akim Mendendangkan Lagu Lemak Manis Buat Ramai Terhibur. Amboi Amir, Bukan Main Lagi Berjoget. Dah Tak Kaku Lah Amir, Comel Sangat !!
Nama Amir Sisi menjadi satu fenomena dan auranya disamakan seperti Mawi World. Amir dijulang sebagai juara The Chosen One Musim 1 dan kejayaannya ini membanggakan seluruh kaum orang asli khususnya kaum Temiar. Siap sangka ada sebutir permata di rimba yang sangat gemersik suaranya.
Sekali pun program tersebut telah pun berakhir, namun segalanya tentang Amir masih menjadi tumpuan warganet. Selain di akaun Tiktok Amir Sisi dan Termoj Production, banyak juga video nyanyian Amir dapat ditonton menerusi Youtube Channel Termoj Production.
Meninjau Youtube Channel Termoj, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Amir bersama rakannya, Akim mengalunkan lagu Lemak Manis. Akim ini salah seorang pelajar yang menjadi rakan duet Amir untuk salah sebuah pertandingan.

Mendengar akan suara Amir dan Akim, ramai yang memuji suaranya. Baik Amir mahu pun Akim ada suara yang sedap didengar. Amir juga sudah pandai menyanyi dan berjoget mengikut irama lagu. Wah Amir, macam gaya Mawi World lah.

Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk
” Anugerah yang Allah bagi, permata dari rimba.. semoga Amir Sisi dan Akim berkati Allah selalu. berjaya dunia Akhirat.. ”
” Terbaik Amir dan Akim.. Akim ni kalau asah lagi sikit je Insha Allah key dia akan sampai macam Amir.. ”
” Alahai comel Amir berjoget, dah pandai joget ikut irama lagu lah.. semuga Allah merahmati adek amir dan adek akim… semuga berjaya didunia dan diakhirat.. ”
” Aduiii meremang bulu roma bila dengar dan lihat adik Amir sisi dan adik Akim bernyanyi dua-dua suara merdu sngt-sangat… terbaik adik berdua.. ”
” Indahnya AnugerahMU buat Amir.. merdunya suara Amir smpai ke hati.. smoga Amir berjaya di Dunia Akhirat. Aamiin.. ”
” Rupanya akim pun suara merdu. baru kita tau banyak bakat yang terpendam di pedalaman.. Ala ala comelnya dua ketul ni.. ”
” Merdunya suara dua orang ni, anugerah dari Allah.. terbaik la Amir dan Akim moga maju jaya.. suka tengok Amir berjoget tu.. dah tak segan.. ”

Seronok warganet melihat Amir dan Akim menyanyi, kedua-duanya sangat berbakat dan mempunyai suara yang lunak. Bak komen warganet, jika terus digilap bakat Akim, tak mustahil Akim boleh menjadi bintang baru seperti Amir. Apa-apa pun, semoga maju jaya Amir dan Akim.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Youtube Channel Termoj Production, Tiktok nurul.dangau.mak.ani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



