Artis / Selebriti
” The most emotional nikah session. Tengok dorang ni mesti rasa nak nangis.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Majlis Akad Nikah Anak Kedua Shafnie Zainuddin, Muhammad Shabil Iman Buat Ramai Tersentuh. Sayu Tengok Si Abang, Shafiq Iman Tenangkan Adiknya Tu. Lagi Buat Tak Tahan Air Mata Bila Shafnie Peluk Shabil. Touching Sangat !!
Syafnie Zainuddin antara ibu tunggal dan seorang wanita yang hebat. Umum mengetahui Syafnie memperolehi 2 orang cahayamata hasil perkahwinan dengan seorang selebriti sebelum ini, namun jodoh mereka tidak panjang. Muhamad Shafiq Iman dan Muhamad Shabil Iman menjadi peneman setia ibu mereka.
Meninjau akaun Tiktok Shafnie Zainuddin dan Acmizal7, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis akad nikah anak kedua Shafnie, Shabil. Suasana sayu apabila Shabil tidak dapat menahan air matanya ketika akad nikah.
Shafiq yang berdiri di belakang adiknya itu kelihatan mengusap belakang dan menenangkan Shabil. Pastinya ada yang menyentuh hati Shabil ketika itu. Moment Shabil berpelukan bersama Shafiq dan Shafnie membuatkan ada di kalangan warganet juga turut menangis.

Bukan sesuatu yang mudah untuk Shafnie membesarkan anak sebagai ibu tunggal suatu masa dahulu. Namun masa membuktikan yang Shafnie berjaya membentuk anak-anaknya ini menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@acmizal7 Selamat pengantin baru buat muhammad shabil iman 🥹🤍 #acmizal #shafniezainuddin #shabiliman #foryoupage #fyp
@shafniezainuddin Alhamdullilah 🤲🏻❤️ #shafniezainuddin #shabiliman #alhamdullilah #marriedlife #suamiistribahagia #fyp #foryoupage
♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – nostalgia lagu lama&baru
Menerusi akaun Instagram, Shafnie juga ada berkongsi gambar-gambar persandingan Shabil dan pasangannya, Anje Md Arif. Alhamdulillah kebahagiaan seorang ibu terpancar pada wajah Shafnie. Warganet juga seronok melihat keluarga kecil Shafnie ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Benar Allah tu maha hebat, dia titipkan 2 anak laki dekat single mom yg kuat, utk mudahkan urusan berkahwin mereka tanpa bantuan sosok ayah.. ”
” Tahniah Shafnie.. Sgla bbn derita masa lalu berbalas kini.. Bahgia ny, dh ada nntu & cucu.. Dusia tersisa nikmati hari2 indah bsama mrk yg mnghargai mu.. ”
” Kuat dan tabah Shafnie membesarkan ank2.. alhamdullilah dah bermenantu dan bercucu tapi ttp maintain lawa dr dulu.. the most emotional nikah session.. ”
” Kalau tengok dorg ni mesti rasa nak nang1s.. Pasti anak2 lelakinya menjadi seorg yg sgt baik pd isteri…. Dia dh membesar tnpa seorg ayah… Yg ada hnya seorg ibu yg kuat.. ”
” Anak ke 2 ke yg kawin. Tgok video ni saya yg sed1h.. Cntik Shafnie,wnita serta ibu yg hbt,yg mmbesar kn ank nya seorg diri.Smga Allah merhmati klian smua.. ”
” Sebak aihh tgk ni. membesar hanya ibu dihati, sukar nk digambarkan. Moga yg baik2 utk keluarga ni. Hebat shafnie besarkan anak2 sampai berjaya. Moga anak2 jd anak yg soleh.. ”
” Ibu yg membesarkan anak seorang diri mmg akan rasa sayu sgt bila anak tu nak berkahwin. Anak itu akan menjadi suami yg terbaik.. InsyaAllah.. ”
” Lelaki masa nikah menang1s mesti ada yg terlintas dihatinya ada yg sngt2 disyukuri atau yg terguris dihati.. Pn Shafnie anda ibu yg terbaik.. ”
Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna dan air mata kesyukuran mengiringi majlis Shabil ini. Semoga Shabil menjadi suami yang baik dan menjaga isterinya dengan penuh tanggungjawab. Kami di Berita Kopak, selamat pengantin baru Shabil dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnie, Tiktok Shafniezainuddin, Tiktok Acmizal7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



