Artis / Selebriti
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
Perkongsian terbaru bekas isteri pengacara terkenal, Shafnie Zainudin gambar anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya raih perhatian warganet. Alahai comelnya cucu-cucu Shafnie, muka chinese look ikut muka ayah-ayah masing-masing..
Bagi yang mengikuti perkembangan hidup bekas model, Shafnie Zainudin pastinya maklum mengenai 2 orang cahayamatanya bersama pengacara terkenal tanahair. Bahtera perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan kedua-dua anak mereka, Shafiq Iman dan Shabil Iman diberikan hak penjagaan kepada Shafnie.
Berpuluh tahun sudah berlalu, kini Shafiq dan Shabil telah pun mempunyai kerjaya dan keluarga mereka sendiri. Adik beradik ini bahagia dengan perkahwinan yang mereka bina bersama pasangan masing-masing. Kedua-duanya juga sudah bergelar ayah.
Menerusi perkongsian terbaru Shafnie di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Shafiq dan Shabil bersama anak dan isteri mereka. Gambar itu dirakamkan ketika mereka menyambut ulangtahun kelahiran anak Shafiq, Saif Aayan.

Turut kelihatan dalam gambar perkongsian ini anak kepada Shabil yang bernama Shaqil Affan. Dengan kapsyen tertulis ‘ Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame ‘, ianya menggambarkan sebuah keluarga yang bahagia untuk Shafnie sebagai ibu dan nenek.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah Shafiq dan Shabil tidak banyak berubah dari zaman mereka kanak-kanak dahulu. Darah kacukan Cina yang mengalir dalam badan Shafiq dan Shabil nampaknya terkena tempiasnya kepada anak-anak mereka. Comel cucu-cucu kesayangan Nana ini, ada iras wajah ayah-ayah mereka ketika kecil.

Ada anak-anak yang baik dan soleh, cucu-cucu yang comel dan menantu-menantu yang baik budi bahasa sudah cukup menggembirakan hati Shafnie. Semoga keluarga besar Shafnie ini sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT dan berbahagia selalu sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnanieee, IG Shafiq Iman, IG Shabale_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

