Artis / Selebriti
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
Video Hadie berlakon meminta izin untuk berkahwin dengan ibunya, Ina Naim buat warganet terhibur. Terkejut Ina tengok gambar wanita pilihan Hadie tu. Habis lah Hadie kena dengan Dato’ AC nanti, haha..
Ina Naim dan Hadie bukan kali pertama ke Sugeh Resort milik Dato’ Aliff Syukri. Kali ini mereka diundang lagi ke Sugeh Resort dan sempat merakamkan beberapa buah video yang akan digunakan sebagai video pemasaran Sugeh Resort untuk menarik minat orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sugeh Resort, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Hadie dan Ina. Berkisahkan seorang anak yang meminta izin daripada ibu untuk berkahwin, lakonan Hadie dan Ina dipuji oleh warganet kerana masing-masing pandai berlakon.
Dialog Ina sama seperti ibu-ibu lain, mahu melihat calon bakal menantu dan mengenalinya dahulu. Ketika Ina meminta Hadie untuk menunjukkan gambar wanita tersebut, terhibur warganet melihatnya. Manakan tidak, gambar Dato’ AC ketika berlakon sebagai undercover dalam drama kepolisian Gerak Khas yang ditunjukkan oleh Hadie.

Selalunya di pentas Talk To My Manager, Dato’ AC sebagai juri selalu mengenakan Hadie dan Ina, kali ini mereka balas balik dengan cara yang mencuit hati. Dialog Ina juga begitu lucu dan menggeletek hati. Berulang kali warganet menonton video ini kerana lakonan mereka berdua yang mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
@sugehresort Biar betul nak kahwin??
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandainya Ina dn Hadi berlakun.. Aku tak expect dia pi tunjuk gambar dac ek haha.. tunggu komen AC final nanti.. “
” Sekali jantan patutlah dia boleh jaga keluarga kita.. hahah hantu pun lari tengok awek hadie yang ni.. “
” HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAH AC duk bahan2 dia, sekali dia bahan AC balik.. terbaik laa Ina ni tak sentap pun, dia balas balik je.. “
” Pandai berlakon anak beranak.. hidup watak masing-masing.. Kadang2 kak Ina Naim ni kelakar orangnye hahahaha.. aku repeat byk kali gelak sorg haha.. “
” Weyhh pandainya dorang berlakon, haha.. Habis final nanti mesti tayang video ni.. AC kan juri TTMM.. “
” Tergelak aku time Hadie tunjuk gambar tu.. Tunggu komen AC final nanti. tentu riuh MBSA nanti haha.. sakit perut aku tengok anak beranak ni berlakon.. “
” Habis la AC Mizal, gambar tu pun zaman Gerak Khas haha.. lawak lah Ina ni. hantu pun lari haha. Masaklah kau dek. AC balas apa nanti. Pecah perut aku.. “
Lawak sungguh lakonan Ina dan Hadie ini, masing-masing hebat rupa-rupanya berlakon. Boleh pula terfikir gambar Dato’ AC ketika ‘undercover’, memang terhibur warganet melihatnya. Habis lah Ina dan Hadie ketika final TTMM Ahad ini, confirm kena usik dengan Dato’ AC.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sugeh Resort
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

