Artis / Selebriti
” Pandai dah Bunga sentuh makanan tangan kanan. Ingat lagi video Nana dia ajar hari tu.. ” – Netizen
Elisya Sandha Kongsi Video Sedang Masak Makanan Buat Anaknya, Bunga Elhaq Raih Perhatian Warganet. Alahai Untung Lah Bunga, Dapat Mummy Rajin Memasak, Kreatif Pula Tu. Comelnya Bunga Makan !!
Meninjau ke akaun Instagram pelakon Elisya Sandha telah memuatnaik satu video baru. Menerusi video tersebut, Elisya sedang memasak makanan tengah hari buat anak kecilnya, Bunga Elhaq iaitu nasi goreng bersama sayuran dan ayam.
Tulis Elisya di ruangan kapsyen, Elisya begitu teruja untuk memasak untuk Bunga dan merupakan saat yang indah bagi seorang ibu menyediakan makanan buat anak tersayang lagi-lagi melihat Bunga berjaya menghabiskan apa yang dimasak olehnya.
Di akhir video, kelihatan Elisya membawa makanan kepada Bunga dan turut disediakan oleh Elisya adalah pencuci mulut iaitu buah tembikai. Setelah melihat makanan di hadapannya, Bunga terus mengambil nasi yang dibuat menjadi bebola dengan tangan kanan.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Elisya seorang ibu yang kreatif menyediakan menu yang menarik buat Bunga. Ada juga peminat meminta Elisya untuk berkongsi resepi dan video masakan lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video oleh Elisya, ramai yang memuji cara Elisya menyediakan makanan buat Bunga. Antara komen-komen warganet adalah :
” Pandai dah Bunga sentuh makanan tangan kanan. Ingat lagi video nana dia ajar haritu.. Untung Bunga dapat mummy pndai masak.. “
” Sedapnyer Bunga yg solehah mkn… Alhamdulillah memang kita akan rasa puas dapat masak untuk anak kita.. “
” Pndainye Bunge ambik mknan dgn tgn kanan.. Nampak menyelerakan lah menu Bunga, hehe nanti share lagi ye Elisya.. “
” Boleh follow ni, nampak menarik sangat.. Bagus budak suka makan nasi. Cepat besar. Senang handle… Good girl lah Bunga.. “
” Seronok tengok anak2 yang pemakan ni.. Moga sihat2 ye Bunga.. Ger4m tengok budak comel ni.. kejap dah besar.. “
” Comelnya Bunga, eh2 bagus lah Bunga suka makan nasi.. Menarik dan kreatif Elisya buat nasi betuk ball.. “
” Nanti post menu n recipe yang lain2 jugak for baby.. Tq Elisya share resepi.. Boleh lah buat untuk anak nanti.. “
Seronok tengok Bunga makan, penuh berselera menikmati masakan ibunya. Semoga banyak lagi perkongsian mengenai Bunga selepas ini. Apa-apa pun semoga Bunga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG elisyasandhaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

