Artis / Selebriti
” Seorang tersipu-sipu, seorang lagi suka mengusik.. ” – Komen Netizen

Video Reaksi Tengku Hassanal Yang Tersipu-Sipu Malu Ketika Ayahandanya, Sultan Abdullah Menyebut Soal Kahwin Buat Ramai Terhibur. Tengku Muhammad Pun Laju Sahaja Respon Menyokong Ayahandanya !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang memberi ucapan telah meraih perhatian ramai. Di sebelah Sultan Abdullah merupakan anakandanya iaitu Tengku Hassanal.
Sultan Abdullah telah menyebut soal jodoh Tengku Hassanal ketika memberikan ucapan. Hal ini membuatkan secara tiba-tiba Tengku Hassanal tersipu-sipu malu apabila mendengar ayahandanya mendoakan agar bertemu jodoh yang solehah.
Mendengarkan hal tersebut, Tengku Muhammad yang berada di bawah pentas segera menyebut InsyaAllah sambil tersengih-sengih. Nampaknya sempat lagi Tengku Muhammad mengusik Tengku Hassanal. Nampak comel sahaja gelagat dua beradik ini.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 1500 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Setelah adik kepada Tengku Hassanal mendirikan rumahtangga, pastinya ramai kini memberikan tumpuan mengenai jodoh untuk Tengku Hassanal pula.
Jom tonton video di bawah :
@missvanilla_so Replying to @appletv TAB laju Sokong ayahanda πSama ii sakat yeπ Dalam gurau Sultan yg berjiwa rakyat..Nampak tegas dan Sayangnya kepada ankanda ii ! . #sultanpahang #alsultanabdullah #tengkumagkotapahang #tengkuhassanalibrahimshah #tengkuarifbendahara #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #pahangroyal #pahangroyalfamily . π₯pahang.media.Live
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Tengku Hassanal bertemu jodoh yang baik-baik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Murung 1000 tahun la saya tengku hassanal kalau khawin.. Hihihi..Tengku Mahkota daH tersipu sipu maluβ¦ Ampun Tuanku.. “
” Comel je reaksi TMP dan TAB ni… sorang tersipu2… sorang lagi suka mengusik. comel sangat reaksi tengku hassanal dan tengku Arif bendahara.. “
” Amboi tab happy nye.. aamin2..semoga cpt jodohnye dan solehah.. yg penting permaisurinye anak raja.. comellah Tengku kena usik dng ayahanda.. “
” Aamin.. semoga mendapat jodoh yg solehah.. sporting betul ank beranak.. insyaAllah jumpa jodoh nanti comel tengku tersipu-sipu malu bila ayahnda sebut pasal kahwin.. “
” Kami rakyat turut me doakan tuanku.. Amin Sukur alhamdulillah Allah merahmati Tuanku. Hahahaha org suka sakat mmg.. “
” Hahahaha reaksi TMp comel.. tab pun comel.. moga tengku mahkota mendapat jodoh yg baik dan rajin memasak MCM bonda nya.. “
” Semoga tengku mahkota di pertemukan dengan Jodoh yang baik2 setia sampai akhir hayat.. Aamiin ya rabbal al aamiin.. “
Semoga apa yang diharapkan oleh Sultan Abdullah dan isterinya, Tunku Azizah mengenai jodoh Tengku Hassanal dimakbulkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan wanita yang baik serta solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tengku Hassanal Shah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak