Artis / Selebriti
” Semoga Tuanku Hassanal berjodoh dengan puteri tu, Amin.. ” – Komen Netizen
Video Kemunculan Puteri Bongsu Sultan Terengganu Ke Istiadat Malam Berinai Tengku Puteri Raja Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Tengku Fatimatuz Zahrah. Ramai Yang Mendoakan Ada Jodoh Dengan Tengku Hassanal !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan ketibaan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama puteri bongsunya Tengku Fatimatuz Zahrah ke Istiadat Malam Berinai telah meraih perhatian ramai.
Istiadat tersebut diadakan di Istana Abd Aziz bersempena majlis pernikahan Tengku Puteri Raja Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Sultanah Terengganu dan puterinya itu mengenakan pakai sedondon berwarna biru sama dengan seluruh ahli keluarga Tengku Puteri Pahang.
Turut mencuri perhatian apabila Tengku Hassanal bersama-sama menyambut ketibaan mereka. Ramai netizen yang mendoakan agar Tengku Hassanal dan Tengku Fatimatuz bertemu jodoh. Ini kerana mereka berdua nampak begitu sepadan sekali.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Cantik dan manis sungguh puteri bongsu Sultanah Terengganu. Tengku Fatimatuz mewarisi kecantikan bondanya yang masih kekal awet muda.
Jom tonton video di bawah :
@tengkuhassanalths Kemunculan Puteri bongsu Sultan Terengganu, Tengku Puteri DaulatRaja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra’ ke Istiadat Berinai di Istana Abd Aziz, di sini Tengku Puteri yang mengiringi keberangkatan tiba Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira jam 8.13 malam dilihat mengenakan busana rona biru muda, sedondon dengan seluruh ahli keluarga pengantin perempuan, Tengku Puteri Raja Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. #PuteribongsuSultanTerengganu #pahangroyalwedding #pahangroyalfamily #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #foryou #fyp
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Aku sorang ja ka perasan part last sebelum masuk dewan tu.. Simple jee permaisuri ganu ni, pakai pun tudung sarung je.. “
” Kami seluruh rakyat mendoakan semoga seluruh keluarga kerabat diraja di Malaysia akan menutup aurat dgn sempurna nanti. Aamiin.. “
” Serius amat wajah Tengku Hassanal tu. Senyum²lah bah, senyum manis.. Ada pertalian persaudaraan antara phg terengganu erat. Daulat Tuanku.. “
” Semoga tuanku berjodoh degan puteri tu Ammin. anok raja mne LA yg kahwin dia puteri sultan Mizan ni agaknya… cantik dia.. “
” Junjung kasih Tuanku semuga penuh keberkatan sultan Pahang Tuanku Abdul.. Assalamualaikum slmt pgi tengku hadir support tengku.. “
” Assalamualaikum… Selamat pagi Tengku..Moga Allah Swt permudahkan segala urusan.. sbenarnya nk ckp baju sama je comel je dua mempelai nie.. “
” Kirenye betui la yek rumor tu.. pelik juga nampak wakil terengganu ni je yg dtg. yg perak & johor sah2 berkaitan xnmpak pula dari lensa ni.. “
Bak kata pepatah, Jika ada jodoh tidak akan ke mana. Netizen sememangnya gemar mengganding Tengku Hassanal dengan mana-mana puteri, namun hanya Tengku Hassanal sahaja mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk menjadi permaisuri hatinya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tengku Hassanal Shah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen

