Artis / Selebriti
” Sebaknya tengok Maryam peluk daddy tak nak lepas tu.. ” – Netizen

Video Fizo Omar Buat Kejutan Berjumpa Anaknya, Wan Maryam Di Sekolah Buat Ramai Tersentuh. Sebak Tengok Maryam Peluk Daddy Tak Nak Lepas Tu. Rindu Betul Maryam Pada Daddy. Part Last Lagi Touching, Fizo Tahan Air Mata !!
Perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Karim sebelum ini dikurniakan dengan seorang anak bernama Wan Maryam. Selepas berpisah, Mawar mendapat hak penjagaan Maryam dan Fizo pula dibenarkan mengambil Maryam untuk bermalam mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama-sama Mawar.
Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fizo membuat kejutan untuk Maryam dengan hadir ke sekolah Maryam. Kata Fizo, apabila dia mempunyai kerja yang berhampiran dengan sekolah Maryam, peluang ini akan digunakan untuk berjumpa Maryam walaupun sekejap.
Maryam yang melihat wajah Fizo di hadapan pintu kelas terus berlari mendapatkan daddynya itu. Tersenyum lebar Maryam dan lantas terus memeluk erat Fizo. Kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuan memang boleh membuatkan air mata jatuh melihatnya. Bukan hanya Fizo yang rindu, Maryam juga merindukan daddynya ini.
Fizo meminta kebenaran guru kelas dan membawa Maryam ke kantin untuk membeli sedikit makanan. Sebelum berpisah, Maryam tidak mahu melepaskan daddynya itu pergi. Nasib baik lah daddy boleh control air mata, kalau tidak lagi panjang ‘drama’ Maryam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fizo ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cinta pertama anak perempuan ialah bapa.. Sebak pulak tegok.. Alhamdulillah walaupun dh berpisah tapi kasih seorang ayah terhadap anak selamanya.. ”
” Sebak nya tengok Maryam peluk daddy tak nak lepas tu.. kite pula rasa nk nangis.. Semoga dipermudahkan urusan abe joe dan maryam.. ”
” Sedihnya… walau macam mana pun Maryam masih beruntung daddy dia tak lupa tanggungjawab dan sayang pada dia.. ”
” Kesian Maryam, tak nak lepas daddy dia.. dia paling terasa sebenarnya tapi dia juga beruntung ada 2 ibu.. orang lain tak ada.. ”
” Sebak tengok part maryam peluk cakap tak boleh lepas daddy dia.. Mesti rindu sangat dengan daddy tu ye Maryam.. ”
” Sedihnya tengok moment ni.. auto menangis pulak aku. Kalau aku dah banjir dekat situ. daddy pandai control emosi.. ”
” Nampak muka bahagia Maryam, kita yang lihat video pun terasa sampai ke hati.. paling sebak tengok Maryam peluk daddy dia.. ”
Moment sebegini memang boleh meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Maryam beruntung kerana ada daddy yang tidak pernah lupa pada tanggungjawab dan seorang yang penyayang. Semoga Fizo dan Maryam sentiasa dalam lindungan Allah dan gembira selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen