Artis / Selebriti
” Tak boleh nak beza mana satu Bilal mana satu Abbas ni.. ” – Komen Netizen
Gambar-Gambar Percutian Neelofa Bersama Haris Ismail Dan Anak-Anaknya, Bilal Dan Abbas Di London Curi Perhatian Ramai. Eh Dah Nampak Sama Besar Abbas Dengan Abang Bilal. Dua-Dua Bambam Sangat !!
Buat masa sekarang, selebriti kesayangan ramai, Neelofa dan suaminya Haris Ismail sedang bercuti di kota London. Mereka turut membawa 2 orang anak mereka iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas bersama. Ini adalah kali pertama Bilal dan Abbas menjejakkan kaki ke London.
Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana ketika percutian Neelofa sekeluarga ini. Sebagaimana tertera pada paparan gambar pertama, mereka berada di Islington Somers Town iaitu salah satu tempat di kota London.
Neelofa seperti biasa tetap tampil menawan dengan gayanya yang tersendiri. Berniqab bukan halangan untuk Neelofa kelihatan bergaya dan penampilannya itu dipuji oleh warganet. Gambar Bilal dan Abbas adalah yang menjadi perhatian ramai. Bilal sudah berusia 2 tahunz manakala Abbas pula bakal menginjak usia setahun pada 11 Julai akan datang.

Memetik komen warganet, Bilal dan Abbas kelihatan seperti sama besar sahaja. Kedua-dua comel dan chubby badan mereka. Neelofa masih lagi tidak menunjukkan wajah penuh anak-anaknya ini dan wajah Bilal dan Abbas dikaburkan dalam semua gambar tersebut.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah… Neelofa pakai ape pn cantik.. Aku klu pakai pakai yg x beriron gitu mau cm bibik2.. ”
” Mana satu bilal mana satu abbas ni, dua dua tembam.. The cutest siblings lah Bilal dengan Abbas ni.. ”
” Tak boleh nak beza mana satu Bilal mana satu Abbas ni.. Dah besar Bilal.. bakpo yang comey dooh.. ”
” Masyaallah cantiknyaa neelofa,.. stail dioo.. perhh.. MCM model antarabangsa, pakai ape pun lawaa sungguh.. anak2 apatah lagi comenyaa.. ”
” Hehe comelnya Abbas.. Nampak mulut Abbas macam Bilal la.. suka tengok 2 beradik ni.. umi abah pun tetap stylo.. ”
” Tak pernah tak lawa lah Lofa ni. Love ni pakai baju besar2 pun still nampak kurus. Jealousssssssssss.. nampak tenang sangat lofa ni.. ”
” Bilal dan Abbas cuti-cuti london ye sayang.. Macam sama je Abbas dengan Bilal ni. nak sama besar dah.. ”
Seronok warganet dapat melihat gambar percutian Neelofa sekeluarga kali ini. Sedikit masa lagi, tentu Bilal dan Abbas akan kelihatan seperti kembar sahaja kerana sudah sama besar. Usia pun tidak berapa jauh beza. Apa-apa pun, semoga percutian Neelofa ini berjalan dengan lancar dan semua urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen

