Artis / Selebriti
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida

Video respon Dato’ Rosyam Nor ketika Datin Seri Umie Aida ingin memohon maaf secara terbuka raih perhatian warganet. Fuh macam tu je Dato’ Rosyam jawab, terkedu Umie dibuatnya..
Drama fenomena Keluarga Itu semakin hampir ke pengakhirannya. Drama yang mengisahkan mengenai pelbagai pergolakan dalam sebuah keluarga yang diterajui oleh Dato’ Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Puteri Balqis, Fattah Amin, Izara Aishah dan ramai lagi membuka mata ramai orang tentang isu dalam drama ini.
Pada episod yang akan datang, ketika kelakuan tidak senonoh Iman lakonan Dato’ Rosyam sudah terbongkar, watak Chem yang dilakonkan oleh DS Umie mengamuk sakan dan menendang-nendang badan dan kepala Iman. Lakonan Umie pada babak ini memang kelihatan real dan bersungguh-sungguh melempiaskan amarahnya.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Umie Aida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Umie memohon maaf kepada Dato’ Rosyam. Kata DS Umie, dia ingin meminta maaf kepada seluruh keluarga Dato’ Rosyam terutamanya kepada isteri, anak-anak dan cucu Dato’ Rosyam.
Menyedari impak yang akan diterima kerana aksinya menendang Dato’ Rosyam, DS Umie merasa bersalah kerana lakonannya itu. Dato’ Rosyam pula memberikan respon yang sangat menenangkan dan siapa sangka Umie satu-satunya pelakon yang berani memukul Dato’ Rosyam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nasib baik ketap bibir…. Klu ketap smbil garu dada tu mmang nk kna kecam dgn yg tgah angin dgn iman….. lpas ni sape yg angin watak iman cpat2 prg klnik tkut drah naik.. “
” Kak ummi sepak terajang abg rosham.. kaw2 wee dia sepak hahaha terkjut gal tgok last scene smlm. Mlm ni tgok sambungan kena sepak lg.. “
” Sepak muka berkali² kot.. banyak giler haha.. Puas hatikuu.. chem kakikan iman… berkaki-kaki iman kena episod mlm ni.. “
” Memang terkesima tgk kak umie duk tendang abg Rosyam. mcm emosi terkejut dan marah yg keluar dr hati seorang ibu. Hebat kedua-duanya.. “
” Terlalu menjiwai. mesti sakit tangan ummi pukul Iman.. drama keluarga itu adalah drama yg terbaik 2025 byk pengajaran buat kite semua, ucapan syabas dan tahniah kepada pengarah dan semua para pelakon hebat-hebat serta semua crew yg berjaya menaikan seri dan kemarahan emosi penonton dri episod awal hingga episod akhir.. “
” Dua pelakon hebat.. Minat masa zaman kegemilangan mereka dari dulu.. Pelakon yang mwnjiwai watak yang hebat.. “
” Hahah dah agak mesti rosyam yang suruh.. memang hebat pecah rekod kot.. mmg hebat pelakon-pelakon nie.. “
Angkara nafsu, hukum agama diketepikan dan anak-anak pula yang menjadi mangsa. Realiti yang cuba disampaikan dan dilakonkan sepenuh penjiwaan oleh semua pelakon drama Keluarga Ini. Pastinya setelah drama ini melabuhkan tirainya, ramai akan merindui watak Iman dan Chem.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen