Artis / Selebriti
” Real definition of gentleman. Jebat confirm respect dengan Baba dia bila baca post ni.. ” – Netizen

Dedikasi Ucapan Selamat Hari Ibu Buat Bekas Isterinya Noornabila, Perkongsian Sharnaaz Ahmad Buat Peminat Tersentuh. Salute Lah Mamu, Ucapan Paling Berani Untuk Nabila. Mesti Jebat Bangga Ada Baba Macam Mamu !!
Tanggal 12 Mei merupakan hari sambutan hari ibu dan ianya diraikan saban tahun oleh semua. Hari istimewa ini adalah untuk menghargai semua wanita yang bergelar ibu, mama, mummy atau apa sahaja panggilannya atas pengorbanan mereka dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan wajah ibunya, Datuk Marina Puteh dan mantan isterinya, Noornabila bersama anak mereka Jebat Jayden.
Setiap tahun, Sharnaaz tidak pernah terlupa untuk berkongsikan ucapan hari ibu untuk 2 insan paling istimewa dalam hidupnya ini. Kata Sharnaaz, hidup mereka memang ada naik dan turunnya tetapi Nabila adalah supermom untuk Jebat.
Sharnaaz turut mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada 2 ibu hebat ini kerana menjadi ibu yang terbaik untuk dirinya dan anaknya. Ucapan Sharnaaz walaupun ringkas tetapi cukup membuatkan warganet merasa tersentuh dan terharu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian oleh Sharnaaz ini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sharnaaz lelaki yang sangat hargai Nabila, terharu baca ucapan Sharnaaz tu. org lain lps divorce laki tu dh tkkesah exwife tu nk jdi apa, apa smua motherday ke bday ke tkkisah tapi sharnaaz mmg fully respect.. ”
” Real definition of gentleman.. respect la bro.. jebat confirm sgt respect dgn baba dia bile baca post ni.. ”
” The way he loves Jebat Jayden, the way he appreciates Noor Nabila, such a real gentleman.. ”
” My favorite duo.. they have utmost respect for each other.. Mungkin kalau sharnaz n nabila bersama kembali satu kejayaan besar untuk Mafia jita jebatjayden hehe.. apa apa pun semoga yg baik2 untuk semuanya.. ”
” Menyala lah mamu.. so proud of you mamu.. Respect la mamu.. dr dulu sampai skg tak pernah terlupa utk hari hari penting insan insan hebat yg pernah ada bersama.. ”
” Terima kasih kerana menyayangi ibu kepada Jebat. Saya doakan Jebat membesar menjadi seorang lelaki yang hebat agamanya, hebat akhlaknya serta budi pekertinya. Lelaki yang tahu menghargai dan menghormati wanita. Moga Allah memberkati awak sekeluarga.. ”
” Ucapan yang ringkas tetapi maksudnya cukup mendalam. tingginya tempat Nabila dalam hidup Sharnaaz kan. Tak pernah dia lupa ucapan terima kasih untuk Nabila dari dulu sampai sekarang. Respect betul dengan mamu.. jebat tentu bangga.. ”
Penghargaan Sharnaaz untuk wanita dan ibu hebat yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Selamat hari ibu kepada Noornabila daripada kami di Berita Kopak. Semoga semua wanita kesayangan Sharnaaz ini berbahagia selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Noornabila, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen