Artis / Selebriti
” Melangit eh suara Tokti sekarang. Pergh Tokti bantai rap la pulak, dahsyat.. ” – Netizen

Video Persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Loop Music Festival Raih Pujian Ramai. Fuh Memang Gempak Lah Persembahan Tokti, Suara Makin Power. Pembukaan Pun Dah Gempak, Tokti Siap Rap Lagi. Hebat Lah !!
Semalam 11 Mei telah berlangsungnya Loop Music Festival bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil. Ramai artis yang menjayakan konsert ini termasuk lah penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Mendapat jolokan penyanyi nombor 1 negara, persembahan nyanyian oleh DS Siti mengagumkan semua penonton.
Meninjau akaun Tiktok Haery Dean dan Siti Zoner, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan DS Siti. Dalam konsert ini, DS Siti menyanyikan 7 buah lagu hits yang menjadi siulan ramai antaranya 7 Nasihat, Sehebat Matahari, Ganti, Seribu Kemanisan, Azimat Cinta, Bidadari Syurgamu dan Destinasi Cinta.
Irama tradisional menjadi pilihan DS Siti sebagai persembahan pembukaannya dan Qasidah Ya Maulai membuka tirai nyanyian DS Siti. Gempak dan menghiburkan, itu yang dapat diperkatakan oleh warganet tentang persembahan oleh DS Siti ini.
Kekuatan vokal DS Siti tidak dinafikan lagi. DS Siti turut memberikan element kejutan kepada penonton apabila menyanyi rap dalam lagu 7 Nasihat. Tepukan gemuruh diberikan oleh seluruh penonton di Axiata kepada DS Siti. Aura DS Siti tiada tandingannya.
Jom tonton video di bawah :
@haery_dean Siti Nurhaliza – Ya Maulai Loop Music Festival
♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear
@sitizoner
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila eh dia berlatih menari??? Kuat betul ingatan dia.. tokti ( jerit dari jauh) kite syg tokti!! Dgr lah tokti.. ”
” Haishh yg konsert haritu pon xhbis lagi fyp… ni dh sambung yg lain plk.. penangan siti.. suara makin sedap oiiii.. dh xberat dh.. Melangit ehhh suara tokti sekarang.. Lurve.. ”
” Pergh Tokti bantai rap la pulak. Pembukaan tu dah gempak, tambah rap lagi memang hebat lah tokti.. sedap gila suara tokti ni.. ”
” This performance memang dasyat lah… penuh dngan energy …… memang patut digelar penyanyi no 1 Malaysia.. tak boleh beza suara record atau live, sama lah.. ”
” Ni baru la real penghibur, semya genre dia boleh bawak. Auranya tiada tandingan lah tokti ni.. full package our queen.. ”
” Gempaknya tokti, mesti fyp lagi ni. bagi laa apa je kat siti smua dia tapau… mmg layak dpt title singer no 1 malaysia… terkejut gila tdi masa tokti rap… mg best laa dgr live tokti rap.. ”
” Mantap lah vocal dan dance tokti. rap tu memang tak sangka lah.. tokti punya kehebatan tu, lagu traditional, balada, rap, rancak semua dia tapau.. ”
Itu lah kehebatan seorang penghibur bernama Siti Nurhaliza, semua genre DS Siti hidangkan kali ini. Part rap paling best dan cukup bertenaga. Tak mustahil untuk DS Siti dinobatkan sebagai biduanita negara atas segala bakat yang dimilikinya ini. Apa-apa pun, tahniah DS Siti atas kejayaan persembahan semalam dan semoga terus success.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Haery_dean, Tiktok Sitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen