Artis / Selebriti
” 2 tahun cukup cepat berlalu.. ” – Mira Filzah
Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Yang Ke 2 Tahun, Perkongsian Mira Filzah Video Dan Gambar Wan Khair Amir Dari Sejak Dilahirkan Sehingga Kini Raih Perhatian Ramai. Memang Mini Mira Filzah Sangat, Sebijik Sama !!
Meninjau ke akaun Instagram Mira Filzah, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Wan Khair Amir sejak dilahirkan sehingga terkini telah meraih perhatian ramai. Video ini dikongsikan bersempena ulangtahun kelahiran Amir yang kedua tahun.
Sejak dari dilahirkan lagi, wajah Amir tidak banyak berubah sehingga ke usia 2 tahun. Amir sememangnya sangat seiras dengan wajah ibunya sehingga ada yang menyatakan Amir merupakan Mira dalam versi lelaki. Mini Mira sangat kan.
Di ruangan kapsyen , Mira telah menuliskan ucapan hari lahir yang cukup panjang buat Amir. Sebagai seorang ibu pastinya mendoakan yang terbaik buat cahaya mata mereka. Begitu juga buat Mira dalam doanya untuk satu-satunya permata hatinya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 74 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Terasa begitu cepat masa berlalu sehingga Amir sudah pun mencecah usia dua tahun. Nampaknya bolehlah Amir mendapatkan adik pula kan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Mira ini meraih lebih 74 ribu tanda suka dan lebih 230 komen setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang menarik :
” Miss your 2nd bday celebration wankhairamir . Maa doakan Amir besar jadi anak yg soleh dan cemerlang duania akhirat. Maa love you sooooo muchhhh.. “
” Happy turns 2 Amir, semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.. Awak terlalu mira filzah huhu.. “
” Happy birthday Amir yang comel.. kejap je dah 2 tahun .. Terus membesar menjadi anak yang sihat & soleh, Wan Khair Amir.. “
” Happy birthday to you amir befday amir same dgn ank sepupu beze pkul brpe jer umar dulu slang brape skit amir lahir.. “
” Eh ingatkan ayah dia yg post. Sebab caption panjang dan berpuitis haha. Rupanya mama dia ekk jarang mira tulis caption panjang panjang ni .. “
” Amir turns 2 years old today. Happy birthday Amir . MashaAllah…anak soleh yg bijak ni. Sanah Helwah baby Amir. Semoga semua yang terbaik dariNYA untuk baby Amir.. “
” Alololo..tak puas tgk dia masa baby..dh 2 thn dah ek.. happy birthdayyy syg moga menjadi insan yg sentiasa memberi manfaat kpd yg lain, InsyaAllah.. “
Di kesempatan ini, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang kedua tahun kepada Wan Khair Amir. Semoga membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan berjaya di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita



