Connect with us

Artis / Selebriti

” Pesanan terakhir seorang yang berpangkat ayah pada anak-anaknya. Betul-betul pesanan terakhir.. ” – Komen Netizen

Video pesanan terakhir arwah Jalil Hamid kepada Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah buat ramai tersentuh. Mendalam sungguh maksud pesanan arwah itu. Harap Kumpulan Sepah dapat tunaikan permintaan arwah dan usahakan sebaiknya..

Pemergian Jalil Hamid tidak hanya dirasai oleh kaum keluarganya tetapi juga peminat dan rakan selebriti yang lain. Ramai yang berkongsikan kebaikan dan kenangan mereka bersama Jalil ketika hayatnya. Jalil meninggalkan banyak tauladan yang baik dan menjadi inspirasi ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mamat Sepah, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Jalil hadir sebagai tetamu di Dol’s Podcast. Mamat turut memaklumkan di ruangan kapsyen bahawa Jalil lah insan pertama yang mengesan bakat kumpulan Sepah di ujibakat sinaran pasport kegemilangan.

Jasa Jalil kepada kumpulan Sepah sangat dihargai oleh Shuib, Mamat dan Jep. Dek kerana Jalil, Sepah dikenali sebagai sebuah kumpulan lawak yang ada auranya tersendiri. Namun oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, Sepah akhirnya berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Sebelum mengakhiri podcast tersebut, Jalil ada meninggalkan pesanan khas dan ikhlas dari lubuk hatinya untuk kumpulan Sepah. Pesanan daripada seorang yang berpangkat ayah dan senior dalam industri kepada pelapis yang dirasakan satu kerugian kerana membiarkan kumpulan Sepah terkubur.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Semoga kumpulan sepah ni dapat bersatu kembali seperti arwah minta.. pesan terakhir seorang yg berpangkat ayah pada anak2nya…btl2 pesanan terakhir…innalillahiwainnailaihirojiun salam takziah buat keluarga Allahyarham pak jalil hamid.. “

” Mendalam maksud arwah tu.. dia nak sangat tengok korang kumpulan Sepah bersatu semula.. sebenarnya ni la suara majoriti kami yg ditakdirkan Allah SWT utk disalurkan oleh seorang insan mulia ini..semoga mamatsepah, shuibsepahtu dan jepsepahtu bersatu la semula..tunaikan lah permintaan arwah ini.. “

” “Bersatu semula” tak semestinya bekerja bersama semula, cukup laa dengan berbaik, berjumpa, bermesra macam sediakala. Usia persahabatan tak lama, tapi usahakan laa untuk selamanya. Tak kita dulu, dia dulu. Tak dia, kita. Al-fatihah buat Allahyarham Jalil Hamid, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.. “

” Jepsepahtu mamatsepah shuibsepahtu InsyaAllah cubalah mcm mana pun untuk bersatu kembali… InsyaAllah adalah rezeki yang lebih baik menanti bila korang comeback balik bertiga nanti.. “

” Nasihat dari org baik…cara pun yg halus dan berhemah, penuh dgn adab hingga tak ada yg terguris hati..semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman.. “

” Harap Sepah dapat tunaikan dan usahakan sebaiknya korang bertiga kembali bertaut.. harap dengar la pesanannya menyatukan balik.. “

” Usahakan untk bersatu semula Jep Sepahtu. Buang yang keruh , ambil yang jernih.. nasihat dari legend tu.. permintaan dan nasihat daripada seorang yang berjiwa besar.. “

Nasihat yang berharga daripada seorang yang berjiwa besar yang patut diusahakan oleh Shuib, Mamat dan Jep. Bersatu dan berdamai kembali kerana Sepah ada sesuatu yang hebat di mata peminat. Semoga permintaan arwah Jalil ini akan tercapai suatu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mamat Sepah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak