Artis / Selebriti
” Kalau ini barangkali rakaman terakhir saya, mana tahu.. ” – Arwah Jalil Hamid
Video throwback arwah Jalil Hamid bercerita mengenai lagu raya Dendang Hari Raya yang dirakamkan kembali bersama anaknya, Afiqah buat warganet sebak. Tak sangka jadi kenyataan kata-kata Jalil, arwah dah bagi hint masa tu..
Pada waktu dan ketika ini, peminat masih lagi diselubungi kesedihan atas pemergian artis tersohor, Jalil Hamid. Tiada siapa sangka Jalil akan kembali kepada Pencipta-Nya secepat ini kerana keadaan kesihatannya kelihatan semakin sihat. Namun ajal dan maut, semuanya sudah tertulis di luth Mahfuz.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ladboch.official20, telah dikongsikan satu video throwback temubual bersama Jalil. Menerusi video ini, Jalil menyuarakan mengenai lagu raya yang dirakamkan bersama anak perempuannya, Afiqah Jalil.
Kata Jalil, dia seperti bermimpi apabila Afiqah meminta untuk mereka merakamkan lagu bersama sebagai kenang-kenangan. Jalil menyetujui permintaan Afiqah itu dan berkata, mungkin ini adalah rakaman terakhir daripadanya. Jalil juga memberitahu, lagu ini akan menjadi kenangan terakhir untuk anak-anak sekiranya perkara itu terjadi.

Ternyata, kata-kata Jalil ini menjadi kenyataan. Jalil akhirnya pergi jua dan meninggalkan banyak kenangan manis untuk keluarga dan seluruh pencinta seni tanah air. Pastinya ramai yang akan merindui nyanyian dan lakonan Jalil yang sering meninggalkan kesan di hati ini.
Jom tonton video di bawah :
@ladyboch.official20 Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Jalil Hamid. Terima kasih kerana menghiburkan kita Selama ini” إنّا ِللهِ وإنّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن اللَهُمَاغْفِرْلَهُوَارْحَمْهُوَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ“ Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.” Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman آَمِيـٍـِـنْ… آَمِيـٍـِـنْ… آَمِيـٍـِـنْيَآرَبْآلٌعَآلَمِِيِنْ
Lagu terakhir yang dirakamkan :
@beritaalhijrah114 Replying to @Hayash Impian seorang anak, Afiqah Jalil, 33, akhirnya terlaksana apabila berjaya merakamkan semula lagu raya popular yang didendangkan Allahyarham Jalil Hamid, sebagai kenangan abadi buat anak cucu beliau. Lagu “Dendang Hari Raya” itu turut menerima pujian daripada para peminat Allahyarham, sekali gus menghidupkan kembali nostalgia dan keindahan suasana Aidilfitri zaman dahulu.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Memang betul yang terakhir. Arwah dah bagi hint awal cuma yelah, takde siapa yang perasan pun.. “
” Betul betul memang terakhir kali dan jadilah lagu kenangan buat anak-anak ..Salam takziah buat keluarga.. “
” Bapak Jalil cakap rakaman terakhir, sedihnya. bukan sekadar kenangan pd anak2.. tp seluruh peminat arwah.. Takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh.. aamiin.. “
” Allah.. rakaman yang terakhir saya mana tau.. seolah olah dia dah tahu kan masa dia tak lama.. Sedih sangat. Allahyarham seorang penghibur yang baik. Semoga Allah SWT tempatkan beliau di Syurga bersama orang yang soleh.. “
” Sedihnya weyh.. kata kata dia tu Allahuakbar.. seniman yg sangat bagus low profil dan kata nasihat serta penyampaian beliau sangat sampi untuk sya.. semoga arwah dtmptkan disyurga Amiin.. “
” Buah tangan paling special…rezeki Afiqah dpt merakamkan lagu fevret beliau brsama ayah trsyg.. “
” Kata2 terakhir arwah seninan veteran Jalil Hamid menjadi kenyataan skrg, semuga rohnya dcucuri Rahmat Allah dan dtempatkn dikalangan org2 beriman dan beramal soleh AlFatihah dsedekahkan.. “
Siapa sangka, ini antara petanda yang arwah Jalil berikan sebelum pemergiannya. Lagu kenangan terakhir yang akan menjadi memori indah tidak hanya untuk anak Jalil tetapi juga para peminatnya. Semoga Allah tempatkan Jalil di syurga yang abadi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ladyboch.official20, Tiktok beritaalhijrah114
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti5 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

