Artis / Selebriti
” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
Video anak arwah Jalil Hamid, Afiqah Jalil bercerita detik akhir arwah ayahnya sebelum pergi untuk selamanya buat warganet tersentuh. Part hasrat terakhir arwah yang tak kesampaian tu, berjurai air mata Afiqah bercerita..
Negara digemparkan dengan perkhabaran duka perginya pelakon senior versatile, arwah Jalil Hamid. Ianya cukup memeranjatkan orang ramai kerana Jalil tidak kelihatan sakit sebelum pemergiannya ini. Untuk info, Jalil menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur di rumah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mstarmalaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan Jalil, Afiqah Jalil bercerita detik akhir ayahnya sebelum pergi buat selama-lamanya. Kata Afiqah, selepas selesai solat Subuh, Jalil tertidur dan pergi dalam keadaan yang cukup tenang.
Afiqah juga berkongsi cerita mengenai keadaan Jalil beberapa hari sebelum kembali ke rahmatullah. Menurut Afiqah, tiada perangai pelik yang ditunjukkan oleh ayahnya ini dan kehidupan berjalan seperti biasa. Jalil dijadualkan ke Singapura pada hujung minggu ini untuk pelancaran bukunya.

Ketika diajukan mengenai hasrat terakhir arwah, Afiqah mendedahkan satu hal yang arwah teringin lakukan pada tahun ini. Jalil pernah kecewa tahun lalu apabila hasratnya itu tidak kesampaian kerana masalah kesihatan yang dihadapinya pada waktu itu.
Jom tonton video di bawah :
@mstarmalaysia Hasrat Jalil Hamid mahu tunai haji tak kesampaian, anak kongsi detik terakhir bersama arwah bapa #sembangentertainment #mstar #jalilhamid
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Itulah sosok seorang ayah kan..wlpun anak dh besar dah ada fmly sndiri..bila kita nak apa apa wlpun dlm keadaan berseloroh ayah mesti akan tunaikan.. “
” Arwah artis paling lama mcm2 lakonan watak yg arwah bawak selalu..semua lakonan padu… tinggal kenangan dan dalam kenangan… lagu raya lama arwah paling aku suka dgr ulang2… takde dah iklan raya sedih dari pak jalil hamid . Al-fatihah.. “
” Sedihnya seakan aku juga terasa sakit kehilangan ni.. Beliau pelakon,pelawak yg baik,bagus, tak ade isu pelik..semoga Allah mengampunkan dan merahmati arwah..Aamiinnn.. “
” Dia masih bole bercerita.. sikit2 air mata mgalir.. ya Allah..awk sgt kuat dik. sedihnya ya Allah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.. “
” Walaupun baru niat..dia tetap dpt pahalanya in shaa Allah…rindu lakonan arwah…best..sampai ke hati…Al Fatihah.. “
” Salam takziah.. ksng de tgk tt arwah live jual buku.. bercerita. lagu raya aritu tgk byk kli.. best lagu nyanyi balik gan ank dia.. rasa tu smp.. tu mmg kenangan btl.. “
” Perancangan Allah yang sangat cantik. Arwah pergi dalam keadaan yang cukup tenang. Cuma tu la, hasrat terakhir yang tak kesampaian dibawa sampai ke akhir nafas.. “
Tiada lagi gurauan dan senda gurau daripada seorang ayah selepas ini. Tidak hanya keluarga arwah yang merasai kehilangan tetapi juga para peminat setia arwah Jalil. Semoga arwah Jalil Hamid tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mstarmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

