Connect with us

Artis / Selebriti

” Sayunya tengok, hanya orang penah lalui saja tau betapa beratnya dugaan kehilangan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

Video suasana hiba menyelubungi sekitar proses pengebumian Allahyarham Jalil Hamid buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok keadaan anak perempuan arwah, Afifah dan moment dua orang lagi anak lelaki arwah saling berpelukan dalam suasana sayu..

Hari ini, kita semua dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila pelakon ternama, Jalil Hamid yang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun. Pemergian seniman yang cukup disegani ini memberi kesan mendalam kepada dunia seni tanah air serta para peminat yang mengikuti perjalanan kariernya sejak sekian lama.

Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anaknya, Afiqah Jalil menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dan rata-rata meluahkan rasa sedih dan terkejut atas kehilangan seorang figura seni yang begitu berpengaruh.

Meninjau di akaun Instagram milik Utusan Online dan Radio Era, turut dikongsikan beberapa video yang memaparkan suasana hiba menyelubungi sekitar proses pengkebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat jelas menunjukkan betapa Allahyarham sangat disayangi oleh insan di sekelilingnya.

Menerusi salah satu video, kelihatan dua orang anak lelaki Allahyarham saling berpelukan dalam suasana penuh sayu ketika proses pengebumian dijalankan. Detik tersebut menyentuh hati ramai yang menyaksikannya, menggambarkan kesedihan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut menitipkan doa buat arwah Jalil dan memberikan kata semangat buat anaknya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sayunya tengok. Hanya orang penah lalui saja tau betapa beratnya dugaan kehilangan orang tersayang.. Semoga Fiqah terus kuat.. “

” Rinduuuuuu…. Lagu Raya tu mmg plg kreatif dan melekat dlm memori kita.. Semoga Allah tempatkn arwah bersama para solehin… “

” Sedihnya.. Saya suka sgt lakonan Arwah Jalil Hamid ni.. Lagunya pun saya suka.. Innalilahiwainnailaihirojiun.. Salam Takziah.. “

” Sedihnya, antara pelakon veteren yang dikagumi. Menyanyi berlakon serba boleh. Alfatihah buat beliau.. Semoga semua ahli keluarganya diberikan ketabahan dan kekuatan.. “

” Semoga Allah merahmati arwah, muliakanlah kematiannya serta lapangkanlah kuburnya. Sesungguhnya kehidupan di sana adalah kehidupan yg kekal abadi.. “

” Semoga Allah mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.. “

” Hari tu dia ada cakap.. Dia nak rakam balik lagu ni dgn anak dia.. Jadi kenangan bila dia dah takda.. Allahu.. “

Lebih meruntun jiwa, anak perempuan Allahyarham, Afiqah dilihat berada dalam keadaan sebak ketika doa dibacakan di pusara ayahnya. Momen pilu itu benar-benar menggambarkan betapa besar kehilangan yang dirasai oleh seluruh ahli keluarga, khususnya anak-anak Allahyarham yang amat menyayanginya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG utusanonline, era.je, afiqahjalil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak