Keluarga
” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
Diceraikan dengan talak 3, perkongsian seorang pemanggil buat warganet tersentuh. Terkejut Fad Bocey dan Ajak Shiro bila tahu kisah Kak Zati, sebaknya dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Suria, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang berkongsi kisah kehidupannya. Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Kak Zati dan tampil menceritakan pengalaman yang sedang dilaluinya.
Menurut Kak Zati, dia baru sahaja diceraikan oleh suaminya dengan talak 3 dua bulan yang lalu. Semalam mahkamah telah mengesahkan lafaz talak tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, Kak Zati mengakui bahawa apabila bangun daripada tidur keesokan harinya, dia berasa tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dalam hidupnya.
Pengakuan itu membuatkan penyampai Suria, Fad Bocey dan Ajak Shiro kelihatan begitu terkejut. Mereka turut meminta Kak Zati untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai situasi yang dihadapinya, memandangkan ketenangan yang ditunjukkan selepas melalui detik sukar seperti perceraian bukanlah sesuatu yang biasa dialami oleh kebanyakan orang.

Bercerita lebih lanjut, Kak Zati berkata tempoh perkahwinannya bersama bekas suami telah bertahan selama lima tahun. Jelasnya, antara punca utama yang menyebabkan rumahtangga mereka berakhir adalah disebabkan pertengkaran yang berpanjangan berkaitan masalah kewangan.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang turut memberikan kata semangat untuk Kak Zati. Antara komen warganet adalah :
” Kita kena jadi lebih kuat Kak Izati. Hidup perlu diteruskan kak. Kami mendoa kn akak terus kuat ya.. Kak mesti kena kuat.. “
Kak Zati turut mendedahkan bahawa beberapa bulan sebelum perceraian berlaku, dia berdepan tekanan emosi yang agak berat sehingga menjejaskan kesihatan mental dan prestasi kerjanya terjejas. Keadaan itu membuatkan dirinya berasa tertekan dan sukar untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Walau bagaimanapun, Kak Zati mengakui dia kini nekad untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih positif. Baginya, segala yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan dia tidak mahu terus terperangkap dalam kesedihan. Malah, dia juga menegaskan bahawa dirinya tidak menyesali apa yang telah terjadi meskipun rumahtangganya berakhir dengan talak tiga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti4 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose

