Connect with us

Artis / Selebriti

” Permaisuri nampak sembunyi rasa sedih. Sebaknya ayat last tu.. ” – Netizen

Shuib Sepahtu Kongsi Video Throwback Anaknya, Ayash Affan Bersama Tunku Hajah Azizah Aminah. Untung Ayash Dapat Beriba Dengan Permaisuri Agong. Ayat Last Shuib  Buat Ramai Yang Sebak !!

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan anak Shuib, Ayash Affan bersama Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Shuib mengucapkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Permaisuri yang ke 63 tahun. Doa Shuib agar permaisuri diberikan kesihatan yang baik, diberkati Allah dan terus menjadi permaisuri kesayangan rakyat jelata. Hari ini pula, 6 Ogos genap lah usia Ayash yang ke 2 tahun.

Harapan Shuib agar anak pen1nggalan akhir Siti Sarah ini menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Ucapan Shuib yang menyebut nama Siti Sarah pada penghujung kapsyen membuatkan ramai tersentuh. Pastinya akan bertemu di syurga nanti.

Warganet juga memuji sifat pengasih Permaisuri itu. Memetik komen warganet, kelihatan seperti wajah Permaisuri menahan sebak ketika meriba Ayash. Anak yang kehilangan seorang yang bergelar ibu sedangkan Ayash masih terlalu kecil dan tidak sempat merasai belaian ibu kandungnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Shuib ini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Happy birthday kesayangan ibu Ayah Affan.. Permaisuri nmpk sembunyi rs sed1h tu.. penyayangnya permaisuri kita.. brtuah rkyt mlysia.. ”

” Untungnya Ayash Affan dapat beriba dengan Tuanku Permaisuri.. simpan ved ni utk kenangan dia besar nnt.. Selamat hari lahir.. moga jadi anak yang soleh.. jumpa ibu di syurga nnt.. ”

” Tiba-tiba rasa sayu bila suami arw4h siti sarah tulis buat arw4h sempena birthday ayash.. Sebaknya ayat last tu.. ”

” Sanah helwah utk tuanku permaisuri dan ayash comel. may Allah bless them always. aamiin,, bertuah Ayash.. ”

” Sama la Tuanku drngan besday patik semalam. Semoga Tuanku Permaisuri dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki oleh-NYA, berbahagia dengan Baginda Agong dunia & akhirat.. Aamiin Ya Rob.. ”

” Happy birthday ayash , membesar dengan baik tau.. macam cucu permaisuri pulak. Alfatihah untuk arw4h Siti Sarah.. sungguh rindu sangat pada Siti Sarah.. ”

” Sanah helwah ayash. semoga dipjg umur Dan murah rezeki. semoga menjadi Anak soleh kepada kedua ibu bapa sihat selalu inshaAllah. Aamiin.. ”

” Comel nye.. terus teringat dekat arw4h.. masa ni ramai yang berdoa utk arw4h bangun dan kembali ke pangkuan keluarga lebih2 ada baby Ayash yang dia baru lahirkan.. tetapi Allah lebih menyayangi arw4h.. semoga tenang di sana kesayangan kami semua.. ”

Selamat hari lahir Ayash yang comel dan Permaisuri yang cantik daripada kami di Berita Kopak. Semoga Ayash terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, anak yang banyak berbakti kepada orang tua, anak yang membanggakan keluarga dan berjaya dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT