Artis / Selebriti
” Berdekah-dekah aku gelak. Shuib dan macam cicak berlari. Watie masuk air betul lah, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Watie Hanifiah Dan Shuib Sepahtu Bermain Sukaneka Keluarga Buat Warganet Terhibur. Lawak Betul Cara Masing-Masing Lari Guna Kain Pelekat Tu. Part Shuib Dengan Watie Berlari Tu Paling Kelakar. Berdekah Weh, Haha !!
Berpeluang mengumpulkan seluruh keluarga untuk family day, ianya hari yang menggembirakan untuk Makder, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Menggabungkan keluarga Makder dan Raissuddin, percutian keluarga kali ini penuh dengan hilai ketawa.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah dan Makder, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan mereka bermain permainan lari berpasangan dengan menggunakan kain pelekat. Kelakar betul melihat cara masing-masing berlari. Bukan mudah hendak mengawal pergerakan kaki agar tidak terpijak kaki pasangan yang berlari di hadapan.
Kata Watie, kaki berlari seperti cicak pun tak kisah, asalkan boleh menjadi pemenang. Semangat betul Watie berlari, memang pantas larian tu. Shuib pula yang kelihatan kelakar, sampai terkangkang-kangkang mengikut rentak larian Watie.
Pusingan kedua pula, kata Watie mereka ters1lap percaturan kerana sepatutnya Watie yang mengangkat Shuib. Kalah lagi pusingan kedua. Meriah betul ada ahli keluarga yang masuk air dan sekepala seperti ini. Bak kata Makder, yang menang itu terpaling bahagia.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet dan rata-rata terhibur melihat gelagat Watie dan Shuib itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku tergelak tengok haha.. Shuib sedaya upaya lari supaya xpijak kaki watie. Hahaha wey. Sumpah aku gelak smpi kena marah dgn mak haha.. ”
” Adoiiii… berdekahhh aku gelak. aku pn ckp benda sme… nape bkn waty yg dukung shuib, cam trbalik jer.. ”
” Watie ni masok air betullah haha, mengekek aku ketawa tengok Shuib dukung Watie. Lari pulak macam cicak haha. 10 kali ulang 10 kali terbahak haha.. ”
” Wehh gilerr la dorg ni.. Berdekah-dekah aku gelak.. Lari mcm tu.. Shuib dan macam cicak berlari aku tengok haha.. ”
” Hahahha.. sumpah aku tgk bbyk kali… Serius lawak tang lari tu.. Macam kartun tengok Shuib dengan Watie haha.. sampai feel nak memang tu haha.. ”
” Siapa mcm aku ulang bape kali tgk pun masih ketawa sampai kuo airmata tgk cara shuib pecut haha.. ”
” Hahahahaa aku gelak shuib dgn watie.. habis jelita dia trus time lari.. bru btol xde cover-cover haha.. kelakar Shuib dengan Watie, sak1t perut gelak.. ”
Perkongsian ini mencuit hati warganet yang menontonnya. Masuk air juga Watie ni rupanya, hehe. Apa-apa pun, family day yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga Makder dan Raissuddin. Semoga berbahagia selalu dan dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah, IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen