Artis / Selebriti
” Perghhh suara Thalita, on fire lah. Cepat belajar Thalita ni, makin power vokal Thalita.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu Billie Eilish, Wildflower secara live untuk satu podcast buat tarik perhatian ramai. Fuh sedapnya suara Thalita menyanyi lagu English. Padu sungguh, tak puas dengar..
Satu-satunya anak perempuan tunggal peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Thalita kini menjadi tumpuan ramai. Thalita mengorak satu lagi langkah ke hadapan apabila diundang untuk sama-sama menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friends yang akan berlangsung di Singapura pada bulan Mei nanti.
Ianya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana Thalita baru sahaja bermula dan memasang impian untuk bergelar penyanyi. Sejurus selepas tamatnya majlis sidang media Thalita bersama Ajai dan para penyanyi yang lain, Thalita ditemuramah dalam sebuah podcast.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nurulashiqinn, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Thalita bersama host podcast tersebut. Thalita diminta untuk menyanyikan sedikit rangkap lagu dendangan asal Billie Eilish berjudul Wildflower.

Suara Thalita mengagumkan semua yang berada di situ. Selalunya melihat Thalita menyanyi ketika membuat live di Tiktok, kali ini eksklusif face to face, memang sesuai lagu ini dengan suara Thalita. Banyak yang Thalita pelajari dalam minggu ini dan digunapakai untuk menambahkan lagi rencah dalam nyanyiannya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nurulashiqinn teaser of our @Hey_korangz podcast episode with @Thalita_Shuib @shuibsepahtu here singinggggg😍 #malaysia #thalita
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Thalita nyanyi lagu omputih best sangat.. tbh billie ellish punya range lagu agak susah kalo dgr skali jer. talita u nailed it. suka dgr tone suara thalita.. “
” Suaranya macam ibu.. Tahniah Thalita nyanyi orang putih.. sedapnya suara, mantap suara Thalita.. “
” Sedapnya suara anak dara ibu seorang ni.. terbaik daripada Thalita.. cuba dan cuba yang terbaik ye Thalita nanti.. “
” Wow nice songs and good voice.. macam suara ibu sangat.. terbaik dik Thalita.. lagu ni setiap malam aku bukak sambil hafal.. “
” Perghhh suara Thalita, on fire lah.. She proved that practice make perfect.. terubat sikit rindu pada arwah ibunya.. “
” Cepat belajar Thalita ni.. menyala lah Thalita sayang. Thalita akan menjadi bintang yang bersinar seperti ibu.. “
” Vokal Thalita bukan hanya sedap untuk nyanyi lagu ibu dia, tapi lagu international pun padu.. makin power vokal Thalita. terbaik lah.. “
Thalita membuktikan usahanya berlatih saban hari membuahkan hasil. Lihat sahaja vokal dan gaya Thalita menyanyi, banyak kemajuannya dan itu pun dalam masa yang singkat. Semoga Thalita berjaya dalam mengejar impiannya ini dan menjadi penyanyi termasyhur nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nurulashiqinn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti2 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

