Artis / Selebriti
” Sampai terjengket kaki tu, dah macam nak berperang, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memasak di dapur mencuit hati ramai. Punya jauh Rayyan dengan kuali, takut kena merecik minyak. Siap menjerit panas dan sakit. Bak kata Rita, dah macam kena ruqyah pula, haha..
Meninjau ke akaun instagram Rita Rudaini, posting terbaru Rita telah meraih perhatian ramai. Rita berkongsi sebuah video yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sedang memasak di dapur. Wah, bagus Rita mengajar anak lelakinya memasak.
Apa yang menghiburkan ialah gelagat Rayyan yang takutkan minyak merecik. Biasalah apabila menumis sesuatu minyak agak sedikit merecik. Buat Rayyan yang pertama kali memasak pastinya takut dan berasa sakit terkena percikan minyak walaupun sedikit.
Rita kemudiannya cuba sama-sama memegang tangan Rayyan agar Rayyan teruskan memasak. Rupa-rupanya Rayyan akhirnya lari daripada masakan tersebut. Adoi, kelakarlah Rayyan. Dah macam kena dera pula menjerit sakit dan panas.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai memuji sikap Rita yang mengajar anak lelakinya membuat kerja-kerja di dapur. Pastinya apabila sudah biasa nanti tidak akan menjadi masalah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hahaha ..cmtu la salu ank bujang…geram je kadang.. Rpenye anak dia lawak la..ingt sejenis yg serius jer.. tuhh rileks je mak tu.. “
” Untung lerr ada tangan panjang..mcm tu aje pegi nya.. Alooooohhh sweet la ampoooooooo.. Pandai bt kelakar rayyan ni.. “
” Bagus mak dia ajar masak untung bakal bini dia.. Ryan boleh la masuk raja lawak ngan mommy. Dua2 kelakar.. Mami kau org dera ke tu… “
” Lawak hang ryan oi ingat pendiam jaa.. Bagusnya masuk dapur .. ada jin ke tu.. tinggi anaknya.. dah macam berperang, haha.. “
” Sampai terjengket kaki tu.. dia buat2 je rupenye.. elok je last tu.. Kalau Memasak memang auto tangan kat pinggang kan hahaha.. “
” Haha comel je.. masak pun handsome.. haha siap cekak pinggang.. mat lawak juga si rayyan ni.. boleh tahan kelakar lah.. “
” Boleh tahan terhegeh2 jugak hang ni dik.. gelak mommy hang.. keletah anak jadi pengubat hati mummynya.. kelakar ya amat.. “
Kelakar juga Rayyan ni walaupun nampak seperti seorang anak yang pendiam. Selepas ini apabila sudah biasa memasak, Rayyan tidak akan takut dengan percikan minyak lagi. Mummy boleh rehatlah apabila Rayyan sudah pandai memasak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ritruds
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

