Artis / Selebriti
” Pakai dan jaga, sebab ibu dah jalan jauh dengan kasut ni.. ” – Shuib Sepahtu
Video Shuib menyerahkan dua pasang kasut peninggalan arwah Siti Sarah kepada anak perempuan tunggal mereka, Thalita buat ramai tersentuh. Part Thalita cium kasut tu sedih sangat. Lagi bertambah sebak bila dengar kata-kata Shuib buat Thalita..
Terbaru, Shuib Sepahtu sekali lagi mengundang rasa sebak warganet apabila berkongsi momen menyentuh hati bersama anak perempuannya, Thalita. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib dilihat memberikan dua pasang kasut milik arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada Thalita sebagai kenangan yang cukup bermakna.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Thalita yang baru sahaja selesai menunaikan solat diminta oleh Shuib untuk mencuba kasut tersebut yang sudah lama tidak digunakan. Dengan penuh rasa teruja, Thalita menyarungkan kasut peninggalan ibunya itu.
Apa yang lebih mengejutkan, saiz kasut berkenaan ternyata sepadan dengan kaki Thalita yang kini semakin menginjak umur remaja. Seolah-olah satu kebetulan yang cukup indah, ia membuatkan ramai percaya bahawa kenangan seorang ibu sentiasa ‘melekat’ dalam setiap fasa kehidupan anaknya.

Bukan itu sahaja, momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila Thalita mengucapkan terima kasih kepada ayahnya atas pemberian itu. Namun, Shuib dengan lembut menolak ucapan tersebut dan meminta agar anaknya berterima kasih kepada ibunya kerana kasut itu adalah harta peninggalan arwah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baru lps sahur tgok ni plak.. Rasa sebak tengol vide ni… Klau bab Sarah mesti ada aura lain.. Naluri ibu.. “
” Alar Shuib, tgh nk mkn sahur nie.. Dah mgalir airmata tgk nie.. Al-Fatihah buat Siti Sarah.. Semoga arwah tenang di sana.. “
” Padahal arwah da pergi lama tapi bila sebut tentang dia air mata ak kluar dan rasa sebak tu dtg.. Syurga firdausi buat arwah siti sarah bt Raisuddin.. “
” Shuib.. Pagi2 dah banjir. Semoga ibu tenang di sana. And thank you mummy Watie, for being a very good mummy and wife to your family.. “
” Dah mengalir air mata ni,bila dikta cakap terima kaseh ibu.. Shuib betul2 sayang arwah,pesan betul2 suruh dikta jaga kasut dgn baik.. “
” Tisu nya lah hati ni. Tengok macam ni pun mengalir airmata. Teringat arwah Siti Sarah. Sama2 pregnen time tu.. “
” Kenapa mata ni berair je tgk video ni.. Alfatihah siti sarah.. Semoga syurga yang tertinggi untuk mu.. Aminn.. “
Sesungguhnya, momen itu membuktikan bahawa kasih seorang ibu tidak pernah terputus walau dipisahkan oleh ajal. Peninggalan kecil seperti sepasang kasut mampu menjadi simbol kasih yang abadi dalam sebuah keluarga. Perkongsian Shuib bukan sahaja mengundang air mata, malah mengingatkan kita semua agar sentiasa menghargai insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

