Artis / Selebriti
” Ni jujur ikhlas ye, kami dah bincang dah sebenarnya.. ” – Dato’ Red
Video Acap S Bertanyakan Beberapa Soalan Yang Perlu Dijawab Jujur Oleh Adira Suhaimi Dan Dato’ Red. Wah Adira Masih Sayang Dato’ Red Lagi Lah. Soalan Last Mengenai Kembali Bersama, Ini Pengakuan Jujur Dato’ Red Dan Adira !!
Menerusi akaun Tiktok Uddin Rizqi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Acap S membuat live bersama Dato’ Red dan Adira Suhaimi. Acap sememangnya kamcing dengan Dato’ Red dan sering berbual panjang ketika live bersama. Jika sebelum ini, Acap bertanyakan soal hati kepada Dato’ Red, kali ini giliran Adira pula menjawab soalan Acap.
Acap bertanyakan 4 soalan kepada Adira dan semuanya berkaitan dengan perasaan Adira terhadap Dato’ Red dan status hubungan mereka berdua selepas ini. Sebagaimana yang semua maklum, pasangan ini telah pun sah bercerai talak 1 pada 24 April yang lalu dan kini dalam tempoh iddah.
Walaupun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, Adira dan Dato’ Red tetap baik. Mereka masih lagi rapat dan sering berjumpa untuk berniaga atau demi anak-anak. Adira mengakui perasaan sayang terhadap Dato’ Red itu masih ada dan tidak menolak sekiranya jodoh antara mereka ada suatu hati nanti.

Soalan terakhir Acap menjawab segala persoalan yang menjadi teka teki warganet. Buat masa ini, Dato’ Red dan Adira lebih selesa dan bahagia berkawan. Adira juga menambah mengatakan tiada sinar untuk mereka berdua kembali untuk masa sekarang. Nampak agak kecewa reaksi muka Acap mendengar jawapan tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@uddin.rizqi @Acap S @abg red #acap #datored #adirasuhaimi #PK #terhibur #fyppppppppppppppppppppppp
Lebih 2000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Aku sengih-sengih wei aku nak sangat mereka bersama lagi aminn.. panjang akai acap ni. harmony dan happy jer dlm live dia.. ”
” Thanks Acap mainkan peranan. Walaupun jawapan tak memuaskan hati.. semoga bersatu kembali.. ”
” Mungkin bila jadi kawan lebih baik dan kurang bergaduh. kadng2 jadi kwn lebih pndai hrgai… lebih jdi matang antara satu sama lain.. ”
” Sampai merah muka Adira.. yang dato red kemain dekat belakang tu haha.. cia cia ada peluang dato.. ”
” Sedihnya dengar tapi mana nak tahu kan…. perancangan Allah.. mungkin begini begitu lebih baik.. jwpn last tu demi menjaga hati banyak pihak tu.. ”
” Semua ada sebab tersendiri.. dan banyak hati yang perlu dijaga. untuk sekarang biar lah mereka berkawan.. moga ada jodoh kembali suatu hari nanti.. ”
” Lawak live dorang ni.. tapi part soalan jujur ni memang terbaik lah acap. menjalankan tugasan sebagai netizen. mmg ramai yang berharap dorang kembali bersama.. ”
Apa jua yang bakal terjadi nanti, pastinya Allah sudah mengaturkan yang sebaik-baiknya untuk Adira dan Dato’ Red. Andai ada jodoh tidak akan ke mana. Jodoh itu rahsia Allah dan sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik untuk Adira dan Dato’ Red. Apa-apa pun, semoga terus ceria dan gembira selalu Adira dan Dato’ Red.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Uddin Rizqi, Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

