Connect with us

Artis / Selebriti

” Nampak ceria wajah Ayash. Dapat kasih sayang pengganti ibunya.. ” – Netizen

Video Terbaru Bakal Isteri Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah Bersama Ayash Affan Raih Perhatian Ramai. Seronok Tengok Kegembiraan Wajah Ayash. Manja Betul Ayash Dengan Mummy Ye, Alhamdulillah !!

Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu bakal mengakhiri status dudanya. Shuib yang mengikat tali pertunangan bersama Watie Hanifiah pada bulan lalu menjadi perhatian warganet apatah lagi jika melihat Watie bersama anak-anak Shuib.

Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak bongsu Shuib dan arw4h Siti Sarah, Ayash Affan bersama Watie. Tidak kekok melayani Ayash, jelas kelihatan kemesraan antara Ayash dan bakal mummy barunya ini.

Watie sememangnya pandai melayani Ayash dan ini membuatkan Ayash begitu manja dengan Watie. Sekali pun video ini tidak ditunjukkan suara Watie dan Ayash, namun ianya cukup membayangkan Ayash gembira dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh Watie.

Benar Watie tidak akan dapat mengganti tempat arw4h Siti Sarah, namun Watie dapat berkongsikan kasih sayang yang boleh membuatkan anak-anak Sarah tersenyum. Penampilan Watie yang sopan melabuhkan tudungnya di paras bawah dada juga mendapat pujian daripada ramai.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kalau saya ibu kandung dia.. saya syukur ada orang sayang dan jaga anak2 saya dengan baik.. semoga dipermudahkan semua urusan sis sekeluarga.. ”

” Watie memang tak boleh ganti sarah tapi dia boleh beri kasih sayang sebagai ibu kpd anak anak shuib, spread love. Moga bahagia wati dan shuib.. ”

” Alhamdulillah.. suka tgk Watie mcmni dgn anak2, dgn pakaian muslim mcmtu.. Semoga berbahagia selamanya.. sejuk mata memandang.. ”

” Sed1hnyaa tgk tp bahagia bila anak tu dapat kasih syg seorang yg boleh gantikan ibunya. anak2 kecik sgt fragile mereka perlukan kasih sayang. nampak mereka bahagia.. ”

” Air Muka ayash pun dah sama mcm muka watie.. ikhlas melayani anak2 kecil yg amat memerlukan kasih sayang dr seorang ibu. semoga dipermudahkan urusan.. ”

” Ok kakak, i semakin leh terima kamu ngan shiub dan anak-anak. hope berkekalan smpai bila-bila. semoga jadi ibu isteri yg baik tuk shuibsepahtu dan anak-anak.. ”

” Alhamdulillah nampak ceria wajah Ayash.. insyaallah watie akan jadi ibu yg baik buat anak anak shuib dan arw4h siti sarah.. ”

Sejuk mata memandang Watie dalam penampilan sebegini, semakin menyerlahkan lagi sifat keibuannya melihat cara Watie melayani Ayash. Ramai yang mendoakan kebahagiaan Watie dan Shuib. Semoga kasih sayang ini dapat menggembirakan hati anak-anak arw4h Sarah, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT