Artis / Selebriti
” Nak kesian ke nak gelak tengok haha. Muka tu kesiannya kena tengking dengan bini.. ” – Netizen
Video Watie Hanifiah Marah Shuib Sepahtu Raih Perhatian Ramai. Haa Tu Lah Shuib, Janji Nak Honeymoon Tapi Lain Dibuatnya. Kesian Tengok Muka Kena Marah Tu !!
Sebagaimana arwah Siti Sarah Raissuddin dahulu, isteri Shuib Sepahtu sekarang iaitu Watie Hanifiah juga seorang yang mudah terhibur dan suka ketawa. Ini membuatkan ramai yang menyamakan Watie dan Siti Sarah, apatah lagi cara gelak mereka hampir serupa.
Meninjau entry terbaru Watie di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie membuat lakonan bersama Shuib. Untuk makluman, Watie dan Shuib sekarang berada di Langkawi kerana Shuib menyertai satu tournament golf di sana.
Melihat pada video yang dikongsikan, Watie tampil cantik tanpa sebarang solekan dan lakonannya juga nampak real. Membuat gaya marah kerana Shuib berjanji ke situ untuk honeymoon, namun lain jadinya apabila Shuib bermain golf sampai sehari suntuk.

Shuib yang baru sampai di hadapan pintu bilik mendengar suara Watie menjerit memanggil namanya dan menyuruhnya menutup pintu. Punya panjang Watie membebel, disangkanya Shuib sudah masuk tetapi sebenarnya Shuib berada di luar. Alahai lawak betul Shuib dan Watie ni, lakonan ini membuatkan netizen teringat pula dengan video arwah Siti Sarah dulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini sehingga kini telah pun meraih lebih 61 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Watie nampk lebih muda lebih manis bila tak make up lngsung.. cantik Watie tanpa eyelash.. natural dah muka cantik.. ”
” Tutup pintu tu, kena masuk dlm bukan keluar haha. confuse nk kemana shuib tu. hahaha. Lawak betul.. ”
” Byak kali tgok.. teringat lakonan ib bergurau ngn arwah kat balkoni, masa tu arwah tengking ib sampai berubah air muka ib.. ”
” Perasaan yg sama dtg lg, nak kesian ke atau nak tergelak tgok kalini haha.. nasib ko lah ib.. muka tu nmpk sgt kesiannya apabila kne tengking ngn bini haha.. ”
” Suara watie tak payah pakai pembesar suara, 1 hotel boleh dengar.. nasib badanla ib.. haha cuak ib kena tengking, rasakan hehe.. ”
” Haha dia mai dh buat lawak bodoh terbalik dia tu.. Mesti last skli abg & akak gelak terguling kan.. kami tgok pon gelak.. ”
” Haha muka kesian sangat ib ni.. kita yang tengok auto sedih haha.. buat perangai lagi, layak la kena marah dengan wife haha.. ghase kan dia, biashe je tu.. ”
Sempat Shuib hendak menyambung main golf lagi ye. Muka terkebil-kebil Shuib melihat wajah Watie mencuti hati ramai. Walaupun hanya lakonan, ianya menghiburkan warganet yang menontonnya. Harap Shuib jangan lebih main golf, takut nanti kena tidur luar bilik, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen



