Connect with us

Artis / Selebriti

” Unuk dah tak segan nak usik-usik Kak Hawa dia, nak manja-manja hehe.. ” – Netizen

Video Gelagat Amir Sisi Apabila Bertemu Kembali Dengan Putera Muhammad Dan Hawa Rizwana Untuk Program Khas Raih Perhatian Warganet. Wah Seronok Amir Dapat Jumpa Abang Putera Semula. Amir Pun Dah Tak Segan Dengan Kak Hawa !!

Nama Amir Sisi dan coachnya, Putera Muhammad masih terus menjadi kesukaan ramai walaupun rancangan realiti The Chosen One sudah berbulan-bulan berakhir. Keserasian antara mereka yang seperti adik dan abang menyenangkan hati peminat mereka.

Meninjau akaun Instagram Putera Muhammad, telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan Putera Muhammad bersama Hawa Rizwana dan beberapa orang lagi dari produksi Astro ke kampung Amir. Ini ada untuk rakaman rancangan Rioh Rimba yang akan menayangkan suasana sebenar dan ketenangan hidup di rimba.

Klik gambar untuk info..

Amir masih seperti dulu, malu-malu ketika bertemu Putera tetapi selepas itu mula terserlah kenakalannya. Ketika di MeleT0P dahulu, Amir tidak sempat beramah mesra dengan Hawa, kali ini Amir pula yang suka menyakat Hawa. Seronok warganet melihat perkongsian ini.

Banyak perkara menarik yang akan disajikan nanti dan ini adalah usaha kecil untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi untuk masa depan. Sempat juga Putera Muhammad dan Hawa belajar menganyam daun kelapa.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

@puteramuhammad_

Trip #riohrimba kali ni antaranya dapat pergi kampung @amirunukofficial jumpa family dia dan kawan kawan dia. Rasa macam dah tinggi sikit budaknya hahaha Coming soon on @Astro Ceria ! #riohrimbaonastroceria #PuteraMuhammad #AmirSisi #TheChosenOne

♬ Kemana Kita Hari Ini – Batas Senja

Sehingga kini, hampir 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Wowwwwwww seronok laaa unuk…. abang Putera handsome dia gn kawan2 dtg Kampung lama.. seronok tengok dua beradik ni bertemu semula.. ”

” Waaa abang dengan adik dah jumpa, saling melepas rindu lah.. Mesti happy adik Amir dapat jumpa abg Puteranya.. ”

” Unuk dah tak segan nak usik-usik Kak Hawa dia hehe. Amir nak manja-manja dengan kak hawa, comel je tengok.. ”

” Tak sabar nak tengok siaran nya nanti.. Hiphip horayy abang jumpa adik semula. Seronok amir jumpa abang putera.. ”

” Terbaik putera muhammad dan team.. baru tengok putera lalu depan rumah.. Terbaik puteramuhammad layan amir mcm adik dah semoga putera di limpahkan rezeki.. ”

” Mesti ridu kn. tpi unuk masih malu tapi mahu kn tu.. Semoga Ukhwah putera Muhammad dan Adik Amir berkekalan sehingga ke Jannah… Aamiin.. ”

” Rindu tengok unuk dengan putera bersama. Alhamdulillah masih malu-malu unuk. Putera pun rindu pada Amir.. ”

Klik gambar untuk info..

Apabila abang Putera bertemu dengan adik Amir, tentu riuh dengan usik mengusik dan sakat menyakat antara mereka. Kali ini, Amir walaupun malu-malu tetap ligat mengusik. Beberapa hari sahaja lagi, boleh lah semua peminat Amir dan Putera Muhammad menonton di hadapan kaca TV masing-masing melihat gelagat mereka berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Putera Muhammad, IG Astro Ceria, Tiktok Putera Muhammad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT