Connect with us

Artis / Selebriti

” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak Adira Suhaimi naik pentas memeluk Anggrek ketika Anggrek sedang menyanyi buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok moment ni, Dato’ Red pun hadir bagi sokongan..

Persembahan anak Adira Suhaimi, Anggrek untuk minggu kedua Talk To My Manager Musim 2 sekali lagi mencuri perhatian penonton. Ini membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk memberikan persembahan yang penuh emosi dan bertenaga. Membawakan lagu popular Aku Tak Percaya Cinta nyanyian Liyana Jasmay, Anggrek tampil dengan gaya tersendiri yang memukau.

Apa yang paling menyentuh hati penonton adalah momen penutup persembahannya apabila adik-adik Anggrek naik ke pentas dan meneluknya. Aksi spontan penuh kasih sayang itu bukan sahaja menambah elemen “sweet”, malah menggambarkan hubungan kekeluargaan yang erat.

Pelukan mereka di atas pentas jelas mengundang rasa sebak di kalangan penonton. Kehadiran bapa Anggrek iaitu Dato’ Red di lokasi turut mencuri perhatian. Sokongan yang ditunjukkan dari bangku penonton jelas memberi semangat tambahan buat Anggrek.

Beberapa perkongsian video ketika Anggrek membuat persembahan telah dimuatnaik di beberapa akun Instagram iaitu Media Hiburan dan Astro Gempak. Ramai yang memuji persembahan Anggrek yang cukup comel dan menarik ini.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai reaksi positif diberikan oleh netizen yang terpikat dengan bakat dan keperibadian Anggrek:

” Semoga berjaya . terjebak tengok sebab nak tengokk dia jeeee lovee sangat, Anggrek bestt nyaaa sweet, suka dgn showmanship anggerik.. “

” Paknil dari adira dkt af sampai adira dh beranak pinak. Cepat betul masa kannn. Comel adik beradik mesti rapat nie smpi ketat pelok kakaknyaaaa.. “

” Kesian Adira… Semoga terus kuat demi anak2.. amik sikit kekuatan bestie Bella… Usah dilayan org2 toksid yg menyusahkan hidup..jalan tegak kata tunang Bella.. “

” Anggerik buktikan wlpn kecil dia sangat berbakat. Last week dia menari tp tak nampak mengah. stage presence dia mmg 200%.. “

” Makcik vote for u anggrek sayang. I pulak yang cry, Saya love yg ni love sgt ..good luck anggerik ..im ur fan ,..  Anak2 penguat semangat buat seorg ibu.. “

” Comel anggerik suka tgk anggerik dia sgt berani..budk bijak.. fmly hebat… kuat ..semoga segala urusan dipermudakan.. aminnn.. “

” Sy paling suka anggerik!!! Walaupun dia kecik she so talented i love her so much. Ada 2 3 org je yg best yg lain hampeh.. “

Anggrek terus mengukuhkan posisinya sebagai antara peserta paling menyerlah musim ini. Ditambah pula dengan sokongan padu daripada keluarga, tidak mustahil Anggrek bakal melangkah lebih jauh dan menjadi antara finalis yang paling menyerlah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media hiburan, Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak