Artis / Selebriti
” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ezwan Zain dan Norman Hakim mengusik Erra Fazira buat ramai terhibur. Wah panas hati betul Erra bila Ezwan dan Norman bergabung menyakat. Kaw kaw Erra kena bahan, ayat Erra tu comel je..
Podcast yang dihostkan sendiri oleh primadona Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain semakin mendapat tempat di hati pendengar. Banyak isu yang diketengahkan oleh pasangan ini dan perbincangan mereka secara terbuka diselangi dengan senda gurau yang menghiburkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan menarik untuk episod 9 yang bakal disiarkan di Youtube Kasi Onz pada jam 9 malam ini. Episod ini bakal membawakan aktor Norman Hakim sebagai tetamu undangan.
Meninjau video perkongsian ini, Ezwan dan Norman kelihatannya banyak persamaan pendapat mungkin kerana mereka sama jantina. Isu wanita yang seringkali beremosi ada disebutkan dalam podcast ini dan Ezwan memberitahu lelaki selalu mengiyakan sahaja ayat kaum wanita kerana memahaminya.

Ianya turut membincangkan mengenai kenangan awal perkenalan Ezwan bersama Erra. Norman juga bijak menanyakan soalan cepu emas dan mengorek rahsia percintaan Erra dan Ezwan. Tidak senang duduk Erra kerana Norman dan Ezwan banyak mengusiknya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kak Erra diam saja mula2..last muka dia cam dah lain ni..last eh???? bongok sangant ni hahahahah.. I like, memang bonggok sangat sangat.. “
” Hahahhahahahah weh relate sgt dgn kak Erraa.. comel kak erra kata ‘ehh~~ tuu bongok sangat’ haha.. bape kali kena ulang tengok ni, kelakar lah.. “
” Meminta sangat mr E ni eh haha.. Rasa2 tdo luar x lepas wt statement tu haha. apa pun moga bahagia hingga ke jannah.. “
” Seram pulak kiterrr haha. Mesti kena pujuk la lepas tuuu.. habis lah sis erra kena bahan dek suami tu.. “
” Kan dah kena ruqyah bagi Norman hahah.. Erra tak garang cume lebih pada protect diri sendiri gitu.. “
” Jujur sangat mr e, erra kena cari geng ni nak lawan balik haha.. lucu tengok muka Erra.. Encik Ngok Ngek betul la Mr E ni kann,kakak ratu.. “
” Hahhhh… 5×2 12 pon iya kannn haha.. kan dah dibongokkan.. Suka tgk erra yg real. Bl kita jmpa psngan yg serasi in sha Allah prangai sbnnr kita meeting keluar.. Bongok Sgt.. “

Hangat sungguh perbincangan Kasi Onz episod ini dan yang pastinya, Ezwan dan Norman geng yang sangat membantu antara satu sama lain. Kaw kaw gandingan ini membahan dan mengusik Erra. Apa-apa pun, semoga pasangan Erra dan Ezwan berbahagia selalu sampai ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasi Onz Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

