Artis / Selebriti
” Memang terasa lah daripada kecil lagi. Mama kan business woman. Perhatian tu memang kurang.. ” – Cik B
Video Cik B meluahkan perasaan terpendam tentang kekurangan kasih sayang ketika kecil buat warganet tersentuh. Bergetar suara Cik B menahan air mata. Besar pengorbanan seorang anak yang tidak orang tahu..
Di mata orang ramai, kehidupan anak perempuan Dato’ Seri Vida iaitu Cik B penuh dengan kemewahan dan kebahagiaan. Namun realitinya apa yang terlihat banyak terselindung di sebalik sikap Cik B yang happy go lucky dan selalu ceria.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cikbdsvonline, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Cik B dan DS Vida bersama pihak wartawan. Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan kepada Cik B dan semuanya dijawab dengan cukup tenang oleh Cik B.
Menyentuh mengenai kehidupan Cik B sejak kecil yang kurang perhatian daripada mamanya, Cik B mengakui dirinya memang terasa situasi itu kerana mamanya saban minggu selalu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Kesibukan DS Vida berniaga demi mencari rezeki untuk anak-anak membuatkan masanya agak terhad di rumah.

Sambil bercerita, jelas kedengaran suara Cik B bergetar kerana menahan sebak. Hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Cik B adakalanya menangis kerana dambakan kehadiran mamanya untuk selalu di sisi. Masa yang ada bersama mama adalah moment yang sangat berharga untuk Cik B.
Jom tonton video di bawah :
@cikbdsvonline Cik B takkan berganjak untuk melindungi mama! #datosrivida #cikbhavoc #quputehbarulahputeh #talktomymanagermy #talktomymanager
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cik B sedihnya huhuhuhu Cik B anak mama terbaik.. Semoga Dato’ seri, Cik B dan kacak dipermudahkan segala urusan, Aminnn.. “
” Cik B, apasal buat aunty nangis mlm2 ni. Aunty doakan CikB terus mnjadi anak yg baik. Aunty kirimkan doa agar Cik B brjaya dunia & akhirat … aamiin.. “
” Sayang cik b dan dato vida.. semoga kalian sentiasa sihat, bahagia dan dimurahkanbrezeki, aaamiin.. “
” Elok-elok nak mula kerja, nangis pulak kita.. Bagus Cik B apa yg Cik B tu betul tak salah moga Cik B Kacak terus jaga mama lindungi nya peduli apa org cakap mengata.. “
” Cik B buat kita sebak, laju jer airmata jatuh.. ini apa yang anak broken family rasa, bila mak terpaksa jadi mak dan ayah dalam masa yang sama.. berjurai laju air mata aku weh.. “
” Bila Cib B Kata “harap2 cik b dapat jadi mcm Mama..” aku terus nangis . Dia respect mak dia walaupun masa kecil kurang kasih sayang.. “
” Kenapa aky pula menagis ni.. cik b ank mama yg hebattt.. bergetar suara cik b menahan air mata tu akhirnya gugur jugak. beratnya menjadi seorang cik b. banyak emosi dan jiwanya terusik.. “
Kesedihan yang Cik B pendam sejak kecil, namun semuanya ditelan kerana memahami kesusahan mamanya yang perlu berjuang demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Semoga impian Cik B untuk menjadi insan yang hebat seperti mamanya dimakbulkan oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cikbdsvonline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

