Artis / Selebriti
” Saya rasa dah tiba masanya, saya kongsikan memang saya hamil.. ” – Amira Othman
Video Amira Othman akhirnya mengumumkan sedang hamil anak sulungnya buat ramai teruja. Wah dah tak lama due date Amira. Tak sabar nak tengok Fattmira junior..
Banyak ura-ura yang berterbangan sebelum ini mengenai berita kehamilan pelakon dan penyanyi, Amira Othman. Namun setiap kali soalan diajukan oleh pihak wartawan baik kepada Amira mahu pun Fattah, pasangan ini lebih selesa memberikan jawapan agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Officialhlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Amira mengumumkan secara rasmi mengenai kehamilannya buat kali pertama kepada umum. Kata Amira, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan ini dan ada alasannya tersendiri.
Memandangkan ini adalah kandungan pertamanya, Amira memilih untuk tidak mengumumkan awal kerana risau sebarang kejadian yang di luar jangkaan. Namun kata Amira, ini masa yang sesuai untuk dia mengesahkan gosip kehamilannya kerana perutnya sudah tidak dapat diselindungkan lagi.

Berita ini menggembirakan rakan-rakan media yang hadir pada majlis tersebut. Tidak hairan lah setiap video dan gambar yang Amira kongsikan sebelum ini, pasti akan terlihat baby bump Amira. Kelahiran si kecil yang bakal menambahkan lagi kebahagiaan Amira dan Fattah.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulillah.. tahniah Fattah & Amira! Moga Allah lindungi kalian berdua dan baby dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. “
” Barakallahufikum sy sebak dan tumpang bahagia sy doakn yg baik2 ..always doakn fattahamira dan anak2 mereka didalam pelukkan dkpn rahmat allah .aminn.. “
” Alhamdulillah for FattMira .. Baby Swiss ke nii hehe.. syukur tak lama lagi Fatima ada adik.. semoga dipermudahkan semuanya.. “
” Alhamdulillah ya Allah semoga kk long n baby dlm lindungan allah SWT. rasa nk nangis dengar kk long bercakap, semoga yg baik2 tuk kk long n baby.. “
” Alhamdulilah dh boleh agk cara pos gmbr smua nampak bby bump nya syukur alhamdulilah tahniah amira n fattah.. “
” Suka tgok dia sejuk je tgok dia. semoga dipermudahkan urusan bumil.. mummy sangat cantik.. berseri-seri.. tak lama dh tu.. “
” Alhamdulillah nyama nak dpt adik.. lepas ni nyama ada kawan bermain.. tak sabarnya nak tengok FattMira junior.. xlama sangat dah ni.. “
Alhamdulillah semuanya rezeki daripada Allah Taala. Hanya berbaki kurang lebih 10 minggu lagi untuk Amira melahirkan cahayamata sulungnya ini. Semoga segala urusan Amira dipermudahkan dan berjalan lancar. Tahniah Amira dan Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

