Artis / Selebriti
” Kalau awak dah besar nanti, keputusan awak sebaliknya, ayah tak ada kuasa.. ” – Achey Bocey
Video Achey Bocey memberikan pesanan kepada Tiara seandainya bertemu kembali dengan keluarga kandungnya satu hari nanti buat warganet tersentuh. Ayat last daripada Achey tu sebak sangat, menusuk ke hati..
Umum mengetahui, Achey Bocey dan isterinya, Anne telah pun merancang untuk menjalani sekali lagi rawatan kesuburan ( IVF ) dalam usaha mendapatkan zuriat. Sebelum ini Anne pernah gagal mendapatkan zuriat menerusi rawatan IVF kali pertama dan mereka berharap kali ini ada rezeki untuk mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Acheytiara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan temubual Achey bersama wartawan. Achey berkongsi cerita mengenai dirinya yang dalam proses mencari maklumat keluarga kandung Tiara.
Menyedari ianya adalah satu dosa sekiranya memutuskan hubungan antara seorang anak dan ibu kandung, Achey mula mengumpul maklumat untuk menemui keluarga kandung Tiara. Tiara yang diambil sejak masih bayi sehingga kini belum bertemu keluarga kandungnya lagi.

Achey juga bercerita perangai Tiara yang selalu membeli permainan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana Tiara memikirkan untuk memberikan kepada orang lain. Ianya juga petanda bahawa Tiara memerlukan kawan di rumah. Anne dan Achey turut berharap untuk ada seorang lagi anak.
Jom tonton video di bawah :
@acheytiara Achey Cari Maklumat Keluarga Kandung Tiara, Isteri Masih Teruskan Rawatan IVF #foryoupage #foryou #fypage #fyp #acheykintangkintung
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Allah sedihnya kata2 achey.. smoga tiara dpt membanggakan ayh n mama dia.. smoga ad rezki achey n wife utk rezki ad ank sdri.. Aamiin2 Ya Mujib.. “
” Aku sedih la dgn kta2 achey btw, ttc 6thun hadir.. Sy doakan achey and fmly d permudahkn urusan, Aaminn.. “
” Kata kata terakhir Achey untuk Tiara tu memang buat hati rasa tertusuk-tusuk. semoga ada rezeki kakak tiara nk ade adik.. “
” Alaaa sedih plak.. insyaAllah Tiara anak yg baik.. dia tak akan pernah lupakan jasa dan budi Achey dan Anne membesarkan dia.. “
” ya Allah,,sy ada sorang anak angkat perempuan, sy tk terluah nk cerita hal yg sebenar. sumpah,sy tk da kekuatan, atok nenek sgt2 syng ank angkat sy.. “
” Moga ditiubkan roh dlm semua rahim2 ibu yg menunggu rezeki aminnn.. Tiara klu tgk muka dy mirip muka achey.. semoga berjaya ..dan semoga allah permudahkn sgle urusan dri awl smpai penghujung nye …amin2.. “
” Weh sebak laa.. kita tak tahu besar nanti apa akan jadi. mungkin Tiara akan kembali pada family kandung dia. tapi pesanan Achey tu memang akan buat Tiara menangis bila besar nanti.. “
Achey dan Anne sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan pada akan datang. Apa-apa pun, keyakinan Achey begitu tinggi terhadap Tiara. Tiara anak yang baik dan sudah diasuh dengan didikan yang terbaik daripada Achey dan Anne. Semoga segala urusan Achey dan Anne dipermudahkan dan berjalan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok AcheyTiara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

