Artis / Selebriti
” Masya Allah, Abang Bilal anak soleh. Bijaknya, sebutan jelas sangat. Slang dia geram dengar.. ” – Komen Netizen
Video anak Neelofa, Muhammad Bilal sedang mengalunkan zikir raih perhatian ramai. Alahai pandainya Bilal berzikir, jelas betul sebutan dia. Suara pun comel sangat..
Meninjau ke akaun Tiktok Seorangnur, perkongsian sebuah video ketika Muhammad Bilal sedang berzikir telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Neelofa sedang ingin mempromosi produk pakaiannya dan terdengar Bilal sedang berzikir.
Neelofa segera ke arah Bilal dan mempromosikan produk The Kaabah yang selalu menjadi permainan Bilal. Tidak seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain dengan telefon pintar dan tablet, Bilal lebih didedahkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir.
Sebutan Bilal juga cukup jelas ketika berzikir. Alahai, bijak betul lah Bilal ni. Walaupun hanya sekadar dapat mendengar suara Bilal sahaja, ia sudah cukup menunjukkan Bilal seorang anak yang hebat. Tidak lekang mulut Bilal mengalunkan Zikir.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, Bilal pada tahun ini sudah berusia 3 tahun dan mempunyai seorang adik bernama Abbas yang berusia setahun lebih.

Di ruangan komen, ramai yang memuji cara didikan Neelofa terhadap anaknya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Bagus neelofa didik anak.. ummi nye nk review baju dgr Bilal berzikir terus review the kaabah.. comel sangat bilal ni.. “
” Masya Allah abg Bilal anak soleh.. dengar suara pun jadi lah.. bijak nya.. sebutan jelas sangat…alhamdulillah..
” MasyaAllah budak bijak ni.. Geram betullah dgn dia ni.. Semoga bilal terus menjadi anak soleh sehingga dewasa kelak.. “
” MasyaAllah bilal anak bijak soleh.. ni baru btl , berzikir daripada bagi telefon tab , boleh rosak mata.. Macam suara budak arab woiii.. “
” MasyaaAllah.. Bilalh dpt tgok muka adik abas abg bilal.. Comeynyee dia.. mashaAllahh.. aunty geram la. Bijak pandai.. “
” Masya Allah, comelnya Bilal, pandainya Bilal, gerammm.. MasyaAllah abang encem yang bijak.. Eeii geram dapat dengar suara je pun.. “
” Alhamdulillah..moga jadi anak yang Soleh.. Subanaallah, Alhamdulillah, Allahukhbar.. so clever la bilal.. slang dia geram dgr.. “

Alahai, geramnya mendengar suara Bilal berzikir. Bagus sungguh cara didikan Neelofa terhadap anaknya dengan tidak mendedahkan kepada penggunaan telefon pintar atau tablet. Semoga Muhammad Bilal membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya. Amin..
Tonton video di bawah :
@seorangnur MasyaAllah Abang Bilal budak soleh 👦🏻 #neelofa #harisismail #nunha
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Seorangnur
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

