Artis / Selebriti
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad

Video Betty Rahmad berseloroh mengadu kepada ibunya, Mak Semah mengenai Erma Fatima dan Fattah Amin di depan Amira Othman buat ramai terhibur. Comel sungguh respon Mak Semah backup Amira. Jaga-jaga Erma, Mak Semah nak tunggu kat airport tu, nak belasah katanya, haha..
Pelakon Betty Rahmad yang juga merupakan adik kepada pengarah Erma Fatima seringkali menganjurkan majlis agama di rumahnya. Ramai rakan selebriti yang hadir untuk sama-sama menambah ilmu pengetahuan mengenai hukum hakam agama dan segala kemusykilan dalam agama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Betty mengadu kepada ibunya, Mak Semah mengenai Erma. Kebetulan penyanyi, Amira Othman yang sedang hangat dikaitkan dengan Fattah juga mengikuti majlis agama di rumah Betty.
Betty mengenalkan Amira kepada Mak Semah dengan mengatakan kekasih Amira dicaras oleh kak longnya, Erma Fatima. Betty juga mengadu Erma memakai kasut Fattah dan Mak Semah terus membebel. Kata Mak Semah, tak sempat Erma sampai ke rumah, di lapangan terbang lagi Mak Semah akan ‘belasah’ Erma.
Amira pula tergelak sahaja mendengar celoteh Betty dan Mak Semah. Komen warganet, Amira langsung tidak menafikan status kekasih yang Betty gelarkan itu. Mungkinkah dari semata-mata gimik sudah berubah menjadi kenyataan, ramai yang gembira andai ianya benar.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@bettyrahmadali Confirm Che Semah tak restu hubungan Makcun & Fatah guys🤣 #fyp
♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak tu takde sape boleh caras fattah dari amira.. berani laa menghadap cik semah dlu haha.. “
” Suka ye Kak Long ada Mak Semah backup.. cha semah pun suka fattah n Mira .best la che semah ni.. “
” Betty tolong temukan Mak Semah dan Fattah. Nak tengok suasana.. yang ni makcun surrender awal haha.. “
” Yeayyy sporting Betty dan Mak Semah haha.. Bukan takat pakai kasut siap fattah belikan kasut baru.. mak semah mewakili hati netizen.. “
” Garang Mak Semah haha.. masalah mak semah pun minat Fattah ni haha.. Untung Mira ada yang backup.. “
” Dengar mak semah kata aku belasah tu, terbahak aku ketawa. Abislah makcun haha.. terbaik mak semah, saya team mak semah haha.. “
” Amira Othman tidak menidakkan kenyataan betty, maknanya apa gaiss jeng jeng jeng heheh.. hint betul video betty ni.. saya suka saya suka.. “
Jangan tak tahu, Mak Semah ini peminat nombor 1 Fattah. Untung lah Amira kerana Mak Semah backup kali ini. Mungkinkah benar Amira dan Fattah ini ada hubungan istimewa, hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Amira dan Fattah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen