Artis / Selebriti
” Lemak sungguh suara dia. Suara emas betul Hussain ni.. ” – Komen Netizen
Video teaser Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu solo dan duetnya bersama Datin Alyah untuk persembahan di pentas final Talk To My Manager 2 raih pujian warganet. Lunak sungguh lenggok suara Hussain ini, teaser pun dah meremang dengar..
Malam ini bakal berlangsungnya konsert final Talk To My Manager musim 2. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada Hussain Jamilul Hayat, Azeva, Kim Khairi, Cik B dan Anggrek akan bersaing untuk merebut gelaran juara TTMM2. Pastinya masing-masing sedang mempersiapkan diri untuk persembahan secara solo dan duet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan teaser nyanyian Hussain untuk 2 buah lagu tugasannya pada malam nanti. Bagi lagu solo, Hussain bakal menyanyikan lagu dendangan asal Nidji berjudul Sumpah Dan Cinta Matiku.
Hussain juga bakal berduet bersama Datin Alyah menerusi lagu Kisah Ku Inginkan yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Judika. Teaser yang Hussain nyanyikan untuk kedua-dua lagu dalam video perkongsian ini meraih pujian daripada warganet.

Walaupun hanya sedikit nyanyian yang dikongsikan, namun auranya sudah dirasai oleh warganet. Kelunakan suara Hussain tidak jemu didengar. Ramai yang tidak sabar untuk menonton nyanyian penuh Hussain itu. Nyanyian santai pun sudah sedap seperti ini, Hussain memang ada suara emas.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Hussain berjuang sampai final! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!
@sookamalaysia Hussain fighter! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Hussain’s a fighter! Ambil kekuatan & ketabahan abah & berjuang terus champ! Barakah insyaAllah.. “
” Be calm and sing from your soul Hussain. You got an amazing performer. Ambil aura DA. Mulakan dengan bismillah and akhiri your song with Alhamdulillah. May god bless you and DA.. “
” Meleleh air telinga dah dgr sikit ni pun…. lemak sungguh suara dia.. santai pun dah sedap, full tentu gempak hussain ni.. “
” Tak sabarnya nk tengok Hussain dan Datin Alyah perform. sedap lunak sungguh suara Hussain ni.. mendayu-dayu membuai rasa betul.. “
” Sedap sungguh suara Hussain ni.. teaser pun dah best.. Semuga Allah permudahkan segala urusan hussain dan InsyAllah menjadi JUARA TTMM2…Aamiiin Allahuma Aamiiin.. “
” Jgn malu2 lg hussain keluar kn semua.. Stay on top juara buckle up.. suara Hussain memang power dan ada auranya sendiri.. “
” Hussain kata ada surprise malam final ni … x sbar dahh niii….apa agaknya.. suara emas btl hussain ni. nyanyi duduk santai pun dh power.. blm all out lg tu.. “
Ramai yang mendoakan kejayaan untuk Hussain dan Jamilul Hayat. Semoga Hussain dapat melakukan yang terbaik untuk persembahan final malam ini dan dinobatkan sebagai juara. Banggakan abah, mak dan seluruh keluarga Hussain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari

