Artis / Selebriti
” Sedih tengok Sky macam ni, Alhamdulillah sekarang Sky lebih kuat.. ” – Ridz Okumura
Video anak Ridz Okumura, Sky Taizo memeluk pusara arwah ibunya, Akiko buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Sky letak kepala atas pusara ibu dia macam tu. Rindu yang tiada penghujungnya..
Perkongsian video anak pengusaha salon terkenal, Ridz Okumura iaitu Sky Taizo memeluk pusara ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura telah mengundang rasa sebak di kalangan netizen. Momen penuh emosi itu menyentuh hati ramai apabila jelas kelihatan betapa mendalamnya kerinduan seorang anak terhadap insan yang paling disayanginya.
Untuk rekod, Akiko Okumura telah pergi buat selamanya pada Februari 2024 ketika umat Islam hampir menyambut bulan Ramadhan. Pemergiannya meninggalkan kesan yang amat besar buat keluarga, khususnya Sky yang diketahui sangat rapat dengan ibunya sejak kecil.
Ramai yang mengikuti kehidupan mereka sebelum ini mengetahui bahawa Akiko bukan sahaja seorang ibu yang penyayang, malah terkenal dengan kreativiti luar biasa dalam penyediaan dan hiasan makanan. Setiap hidangan yang disediakan sering dihias dengan penuh teliti dan menarik, menjadikan hasil tangannya begitu istimewa serta sukar dicari ganti.

Melihat video Sky yang memeluk pusara ibunya, ramai netizen mengakui turut merasai kesedihan yang dipendam oleh anak ini. Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@ridz_okumura #onthisday Edih tgk sky mcm ni, Alhamdulillah skrg sky lebih kuat,Alfatihah buat inu sky HJ Akiko Okumura 🇯🇵🇲🇾🇯🇵
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Saya hanya mampu Allah angkat darjat anak soleh ini menjadi imam masjid Jepun nanti. Nampak ok tapi dada berat dengan rindu.. “
” Rasa SKY kena ada ibu baru penganti akiko utk menjaga menyangi dan membesarkan dia mcm shuib dan watie.. tak la abg ridz dan sky sunyi.. “
” Salam dear Sky. Grandma begitu tersentuh seeing you like this. l know how difficult it is for you and l really hope that you will grow stronger by the days as your late beloved mom is always in your heart silently and warmly.. “
” Kehilangan ayah seumpama hilang tempat bergantung.. tp hilangnya seorang ibu sepertinya hilang sebahgian dr kehidupan.. ”
” Kesiannn Sky, tak tahu macamana nak buat sebab rinduu sgt. kami yg takde kena mengena pun rinduu sangat. hanya mampu sedekah fatihah.. “
” Tak mmpu nk suruh dia sabar… Sbb mak dia syg dia sgt2.. Dunia dia pon seolah2 hanya dgn mak dia.. Bila jd gini kita yg da tua ni pon belum tntu kuat.. “
” Satu pekara tak boleh dinafikan, Akiko sangat kreatif bab hias makanan.. The one and only. Rindu yg tiada penghujung, rindu pada org yang sudah tiada. Al-Fatihah untuk arwah Akiko.. “
Sesungguhnya, kasih sayang antara ibu dan anak tidak pernah terputus walaupun dipisahkan oleh alam yang berbeza. Kerinduan yang ditanggung Sky menjadi gambaran betapa besarnya peranan seorang ibu dalam kehidupan seorang anak. Semoga Allahyarhamah Akiko Okumura ditempatkan di kalangan orang beriman dan semoga Sky terus membesar menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapanya. Al-Fatihah ..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ridz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

