Artis / Selebriti
” MashaAllah hebatnya anak arwah Akiko dan Ridzokumura ni. Didikan yang hebat.. ” – Komen Netizen
Ridzokumura muatnaik alunan Talbiyah oleh anaknya, Sky Taizo Okumura ketika sedang menunaikan umrah raih pujian warganet. Bagus Sky, tetap usaha habiskan bacaan walaupun kurang lancar. Sejuk perut mummy Sky mengandung ada anak soleh macam ni..
Kehidupan usahawan Ridzuan Ridzokumura bersama anaknya, Sky Taizo Okumura sering menjadi perhatian warganet. Selepas pemergian arwah Akiko Okumura sekitar pada bulan Februari yang lalu, perjalanan hidup Ridz dan Sky mula berubah. Kedua-duanya menanggung rindu terhadap Akiko dan berusaha untuk redha dengan takdir yang telah tertulis untuk mereka.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sky membacakan lafaz Talbiyah ketika mereka berada di dalam bas untuk mengerjakan ibadah umrah. Untuk makluman semua, Ridzokumura dan Sky berlepas dari KLIA beberapa hari yang lepas dan kini berada di tanah suci Mekah.
Ridzokumura menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah untuk membentuk Sky menjadi tidak hanya anak yang soleh tetapi muslim sejati yang ada ilmu agama yang teguh dalam diri. Menerusi perkongsian ini, Sky cuba sedaya upayanya membacakan lafaz Talbiyah itu sekali pun belum lancar sepenuhnya.

Dengan melihat paparan ayat di skrin handphone, Sky membaca lafaz itu sehingga selesai dan disambut dengan ucapan alhamdulillah dan AllahuAkbar oleh jemaah lain yang berada di dalam bas itu. Sejuk hati mendengar bacaan Talbiyah oleh Sky.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaAllah hebatnya anak arwah akiko dan ridzokumura ni. Alhamdulillah ada hikmah di sebalik kematian arwah ibunya. Semoga mendapat umrah mabrullah buat kamu semua , Allahuma Amin.. “
” Terus nmpk sky dewasa slps mommy pulang pada yg Esa. Terus kuat sky. Utk daddy.. Masyaallah, Tabarakallah. Alhamdulillah. Umrah Mabrur Dekwan and Sky.. “
” Masya Allah He’s still learning, but he’s doing great, and his late mother would be proud of him In Shaa Allah. Semoga Sky membesar menjadi anak soleh yg berjaya, cemerlang dunia & akhirat, Amiin YRA.. “
” MaasyaaAllah kuatnya semangatmu nak.. Ya Allah berkatilah hidupnya.. Didikan yg hebat oleh abg Ridz and arwah Akiko. Smoga menjadi anak yg soleh, Sky.. “
” .Masya Allah Subhanallah, hebatnya awak Sky.. Semoga menjadi anak soleh. Syg anak Dunia Akhirat ya.. arwah mummy tentu bangga dengan Sky.. “
” Alhamdulillah MasyaAllah bagusnye Sky.. pandai ridz jaga dan didik anak terunanya ni. sejuk perut mummy mengandungkan Sky.. “
” Sedih tapi happy saya tengok Sky.. Alhamdulillah Ridz and Sky.. hebat Ridz didik anak. Sky anak soleh semoga beroleh umrah mabrur dan bahagia selalu.. “
Alhamdulillah, tumpang gembira dan bangga warganet melihat perkembangan Sky yang semakin matang. Kesungguhan Sky untuk beribadat dan menyempurnakan umrahnya wajar dipuji. Semoga Sky terus menjadi anak yang soleh dan selalu mendoakan arwah ibunya di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

